Latest Posts

Merdeka!Merdeka!

By 10:19 AM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
alhamdulillah kerana genap 31 ogos 2010,
kemerdekaan Malaysia dah genap 53 tahun...

kebetulan pulak hari ni Ramadhan yang ke-20,
mudah-mudahan bertambah kejayaan,kemajuan,keberkatan dan keamanan di tanah air tercinta ni...



detik 12 malam 31 ogos ni,
dah jadi kebiasaan,
pastinya kat mana-mana je ada sambutan merdeka,
tidak ketinggalan bumi UniSZA ni,sampai je jarum jam ke nombor 12,
bunga api pun dinyalakan,siswa dan siswi nampak seronok meraikan merdeka dengan cara begini,
meletup sana,meletup sini,terpekik sana,terpekik sini...

sedarkah kita malam ni ramdhan yang ke 20,
kalau terlupa malam ni malam yang keberapa pun,
at least berada di alam nyata lah sikit,
yang sekarang ni kite berada dalam bulan Ramadhan..

apa tujuan kita menyambut kemerdekaan sebenarnya?
bukankah ia sebagai satu simbol kesyukuran kita kerana bebas dari penjajah?
kenapa tidak kite simbolikkan kesyukuran ni melalui solat hajat,bacaan yasin?
siapa tahu pahala lebih berganda dengan berkat malam Ramadhan?
rai kemerdekaan bagai nak rak,tapi dalam kita xsedar,
cara kita sambut kemerdekaan pun masih belum merdeka...



sedarlah teman,
hakikatnya kita masih belum merdeka dari banyak aspek,
walhal dari sebesar-besar perkara seperti pentadbiran negara sehinggalah sekecil-kecil perkara seperti pemakaian,pergaulan,hiburan...

jaga diri,jaga hati,jaga iman,,,

You Might Also Like

0 bicara sahabat