Latest Posts

kenapa kau harus pergi............

By 7:16 AM


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
segala pujian dipanjatkan kepada pemilik bumi dan seluruh alam semesta
kerana hingga ke saat ini,
masih diberi kesempatan untukku merasai nikmatnya hidup di dalam nafas iman dan Islam....

Bicaraku kali ini ingin aku kongsikan rasa yang telah lama kupendam,
sayangku pada seseorang yang kuzahirkan hanya pada perlakuan,
tidak pernah pada ucapan mahupun tulisan, aku tak tahu samada si dia menyedari rasa ini atau tidak.

Alhamdulillah kerinduanku padanya sedikit terubat sejak kehadirannya yang dah hampir sebulan,
namun seperti kebiasaannya, aku tak kuat untuk zahirkan kasihku melalui kata-kata,
hanya layananku padanya sepanjang kehadiran ini memanjangkan lagi kasihku padanya,
setiap saat kami bersama,
terkadang aku hanya berdua bersamanya,
terkadang kawan-kawan pun turut bersama,walaupun sedikit terganggu tumpuan aku padanya,
tetapi aku tak kisah,
yang penting dapat bersama dengan dia.

Masa cepat sangat berlalu,
tak lama lagi dia dah nak pergi,
sekali lagi aku harus memendam rindu.kenapa begini nasibku,
oh kasih bila kita akan bersama selamanya,
akhir-akhir ni,sering sangat dia ingatkan aku akan pemergiannya,
tak tahukah dia,remuk redam hati ini,
dia sentiasa ingatkan agar aku menyimpan semua kenangan bersamanya,
setiap hadiah yang diberikan sepanjang pertemuan kali ni,
aku dah simpan baik-baik,
sebab aku tahu selepas ketiadaan dia nanti,
pasti semua hadiah ni berguna.

Satu malam, aku bertanya, bila lagi kami akan bertemu,
dengan sayu katanya,
jika panjang umur aku, pasti dia akan kembali menemuiku...
pernah dia ceritakan tentang sebuah hadiah yang cukup istimewa dari dia untukku,
namun tak pernah aku dapat hadiah tu,kerana katanya layananku pada setiap pertemuan tak cukup hebat untuk layakkan aku dapat hadiah istimewa tu,
dia pesan supaya aku tak berputus asa cairkan hatinya dengan pujuk rayu dan rengekan manja dipertemuan akan datang,
dan pesannya juga agar dia tak dilupakan walaupun selepas ni aku akan bertemu dengan yang lain.

Ya Ramadhan,
kenapa kau harus pergi meninggalkanku,
belum puas rasanya merasai tarbiyah darimu,
ketelitian,ketaatan dan kesabaran yang aku timba dari perigi ujianmu,
akan aku gunakan sepanjang masa selepas ini untuk meraih cinta Ilahi,
mungkin pertemuan kali ini tak melayakkan aku mendapat hadiah hebat Lailatul Qadr mu,
tetapi akan aku usahakan lagi di pertemuan yang akan datang jika dipanjangkan umurku oleh Allah,
jika sebaliknya, maka ku harap semua amalanku pada pertemuan kali ini diterima sebagai suatu ibadah...



You Might Also Like

0 bicara sahabat