Latest Posts

Layakkah Diriku untuk Dirimu...

By 7:13 PM

Setiap kali berdendangnya lagu Wanita nyanyian De Hearty, pasti hati ini terusik. Terkadang apabila aku cuba menghayati dari bait ke bait, pasti ada air jernih yang mengalir. Menyedarkan kembali aku kepada fitrah asalku.

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia

Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh 
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan 
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan 
Bukan jua penghinaan dari Tuhan 
Bahkan sebagai hiasan kecantikan 
Aku cuba mencari adakah telah layak diri ini membina sebuah baitul muslim. Impian tertinggi seorang mujahidah setelah Allah dan Rasul, sudah pastinya daulah Islamiyyah yang bermula dari sebuah baitul muslim. Buat masa sekarang terlalu awal bagiku untuk memikirkannya. Sebelum menegakkan Islam dalam daulah, perlu aku tegakkan dahulu Islam dalam diri. Kalau dalam diri pun masih tidak tertegak, mampukah aku?
"tegakkanlah daulah islam dalam dirimu,nescaya islam tertegak di bumimu" (ulama')
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul tulisan Fatimah Syarha Mohd Nordin, telah lama menjadi buku  koleksi peribadiku. Namun dek kerana kekuatan yang belum terkumpul, buku itu masih berbalut cantik di rak. Bukan tidak mahu menelaahnya tetapi rasanya belum layak untukku. Cinta Allah dan Rasul sahaja belum dapat aku takluki, mana mungkin aku mencari cinta manusia. Dua cinta tidak akan bersama dalam satu hati. Aku bimbang, setelah mencintaimu, tiada cintaku pada Pemilik Cinta Teragung. Yakinlah, jika sekarang kita mencintai Allah, maka kelak akan Allah beri cinta kita pada insan yang juga mencintaiNya.

Buat dirimu,
berilah aku masa memperbaiki agamaku,
"Wanita dinikahi kerana empat faktor, pertama kerana kekayaannya, kedua kerana kedudukannya, ketiga kerana kecantikannya dan keempat kerana agamanya. Pilihlah yang beragama agar berkat kedua tanganmu"
HR bukhari
Kerana tanpa agama dan pengertian tentang jihad, pasti susah perjalanan dalam perjuanganmu kelak. Aku juga ingin seperti Siti Khadijah.
Siti Khadijah srikandi sejati

Kaulah lambang cinta sejati
Srikandi pertama tika islam bermula
Hatimu menyalakan keyakinan
Hartamu membuktikan pengorbanan

Rasul keseorangan engkaulah teman
Dia tersisih engkau memilihnya
Dia terbuang engkau menyayanginya
Kerana iman kau sanggup berjuang

O o...
Siti Khadijah namamu indah
Qudwah hasanah tauladan ummah
Jikalau rasul terpinggir
Engkaulah insan terhampir

Siti Khadijah mujahidah solehah
Agung jasamu dipersada sejarah
Pemergianmu ditangisi nabi
Hingga kini tiada pengganti

Sunyi jalan menuju Allah
Menggamit hati mencari teman
Indah jalan menuju allah
Jika teman seperti Khadijah
Masih ada lagi...

Aku sedar dalam dunia ini tiada insan yang sempurna, namun salahkah aku mencuba untuk menjadi yang terbaik untukmu? Aku ingin menjadi yang terbaik dalam mendidik barisan mujahid-mujahidah kita nanti. Salahkah aku? Ungkapan "kalau sayang suami, kena pandai jaga perutnya" mungkin sinonim dalam masyarakat kita. Tetapi bagi aku, "kalau sayang suami, kena pandai jaga syurganya". Syurga seorang mujahid pastinya terletak pada ketinggian pengorbanan dalam perjuangan. Pergorbanan masa, harta, kasih sayang, malah terkadang mungkin nyawa. Aku ingin menjadi seperti Siti Hajar, kerana Allah dia merelakan suaminya pergi memenuhi tanggungjawab seorang Nabi. Aku ingin menjadi seperti Fatimah, kerana Allah dia sanggup hidup dalam kemiskinan bersama suaminya.

Buat dirimu,
Aku tidak mahu menjadi pengganggu hubunganmu dengan Allah. Seusai wirid solatku, akan aku tadahkan tangan berdoa.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, berikanlah cintaku pada muslimin yang cintanya hanya kepadaMu. Agar bertambah kecintaanku padaMu. Jika aku rindu, rindukan aku pada muslimin yang rindunya hanya pada peribadi dan perjuangan Muhammad s.a.w, agar bersambung kerinduanku pada RasulMu.Ya Allah, jika aku jatuh cinta, maka permudahkanlah cinta kami di landasan yang Engkau redhai. Namun jika sebaliknya Ya Allah, maka redhakanlah hati kami dan berikan kami pasangan yang lebih baik di masa akan datang. 
 Insyaallah, tiba masanya nanti, akan aku buka seluasnya hati ini untukmu, kerana aku yakin, cintamu itu nanti akan menambahkan lagi cintaku padaNya.

You Might Also Like

2 bicara sahabat

  1. wah.. dah ada tanda2 ni.. hahaha.. terus teguh di alam kampus.. jage diri, iman, hati dan amal.. ape2 masalah kongsi la ye.. barulah namenye ukhwah..=)

    ReplyDelete