Latest Posts

Doa senjata Mukmin

By 10:14 PM


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji baginya kerana hingga ke detik ini, kita masih boleh hidup dalam aman, sihat walafiat, rezeki yang mencurah-curah dan yang paling utama, kita masih lagi dalam Iman dan Islam; dua nikmat terbesar yang telah kita perolehi sejak azali. Alhamdulillah saat-saat genting ujian pertengahan semester telah berlalu tapi tak bererti perjuangan menuntut ilmu saya terhenti di situ. 

InsyaAllah kali ini saya nak berkongsi sedikit tentang doa. Doa sudah sebati dengan diri kita yang bergelar muslim. Kesempurnaan dan keindahan Islam itu telah bermula sejak kita celik mata di pagi hari hingga kita kembali melelapkan mata. Pentingnya doa ini sehingga ia disebut sebagai senjata mukmin. Namun tidak semua doa yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w kita amalkan. Malah kadang-kadang ada doa yang kita tak tahu pun sebab terlalu banyak doa dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah kali ini saya nak fokuskan tentang doa ketika berwudhuk. Kebanyakan orang hanya mengamalkan doa sebelum dan selepas berwudhuk tanpa mereka sedari sebenarnya setiap anggota wudhuk kita mempunyai doa masing-masing.

Sebelum mengambil wudhuk, kita disunatkan agar bersugi.
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. telah bersabda : “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “(Riwayat Ahmad)
Sebelum memulakan wudhuk, kita disunatkan agar membaca:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari gangguan syaitan, dan aku berlindung dengan Engkau dari mereka datang kepadaku.
atau, yang agak simple,
Segala puji bagi Allah yang menjadikan air ini bersih.
Ketika membasuh dua tangan, bacalah doa:
Ya Allah sesungguhnya aku meminta daripada Engkau kesempurnaan dan keberkatan dan aku minta perlindungan dengan Engkau dari kebinasaan dan kecelakaan.
Semasa berkumur,
Ya Allah tolonglah aku untuk membaca kitabMu, banyak berzikir kepadaMu dan tetapkanlah aku dengan kata-kata yang tetap di dunia dan di akhirat.
Semasa memasukkan air ke hidung,
Ya Allah berikan kepadaku bau-bauan syurga dan Engkau redha kepadaku.
Semasa mengeluarkan air dari hidung,
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada bauan neraka dan keseksaan neraka.
Selain niat berwudhuk semasa membasuh muka, kita digalakkan berdoa,
Ya Allah bercahayalah mukaku dengan cahaya Engkau pada hari bercahayanya muka wali-waliMu, dan janganlah Kamu menggelapkan mukaku dengan kegelapanMu pada hari hitamnya muka musuh-musuhMu.  
Semasa membasuh tangan kanan hingga ke siku,
Ya Allah serahkanlah buku amalanku melalui tangan kananku dan perhitungkanlah aku secara mudah.
Semasa membasuh tangan kiri hingga ke siku,
Ya Allah sesungguhnya aku berlindung dengan  Engkau dari menyerahkan buku amalan melalui tangan kiri atau dari belakang.
Semasa menyapu  sebahagian kepala,
Ya Allah liputilah aku dengan rahmat Engkau, turunkanlah keberkatan Engkau kepadaku, lindungilah aku di bawah bayang arasy Engkau pada hari yang tiada sebarang perlindungan kecuali lindungan bayangMu, Ya Allah lindungilah rambut dan kepalaku dari api neraka.
Semasa menyapu dua telinga,
 Ya Allah, jadikanlah aku dari kalangan yang mendengar perkataan maka mengikut dengan baik, Ya Allah perdengarkanlah aku malaikat yang merayu ke syurga, di syurga bersama orang-orang yang baik.
Semasa membasuh kaki kanan,
Ya Allah tetapkanlah kakiku di atas titian Sirat al-Mustaqin bersama tetapnya kaki-kaki hamba-hambaMu yang soleh.
atau,
Ya Allah permudahkanlah perjalananku menuju tempat-tempat yang baik dan taman-taman ilmuMu.
Semasa membasuh kaki kiri,
Ya allah sesungguhnya aku minta perlindungan dariMu dari tergelincirnya kakiku di atas titian Sirat ke dalam neraka pada hari tergelincirnya kaki-kaki orang munafik dan musyrik.
atau,
Ya Allah, beratkanlah kakiku untuk ke tempat-tampat maksiat.
Selepas selesai mengambil wudhuk,
 Ya Allah jadikanlah aku dari gologan orang-orang yang tertaubat, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bersih, dan jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang soleh.
atas kesilapan teknikal, maka saya postkan entry doa-doa ini dalam Bahasa Melayu, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Allah Maha Mendengar jadi tidak kisahlah bahasa apa yang kita gunakan dalam berdoa, yang penting keikhlasan dan keyakinan kita agar Allah makbulkan doa tersebut.

Disebabkan dalam doa-doa kita menyebut nama Allah, maka dalam Islam kita tidak dibenarkan berwudhuk dalam tandas selain tandas adalah tempat yang kotor dan bernajis. InsyaAllah mudah-mudahan setiap amalan kita diterimaNya dan mendapat keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Kerana itulah cita-cita terbesar kita sebagai makhluknya. Akhir kalam, selamat beramal!!

Jaga diri, jaga hati, jaga iman..

 




You Might Also Like

0 bicara sahabat