Latest Posts

Palestin...Kami ada untukmu!!

By 4:40 AM


Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah, tuhan yang menciptakan sekalian alam dan seisinya. Segala puji bagi Allah, kerana hingga ke detik ini, kita masih bernafas dalam udara iman dan Islam. Segala puji bagi Allah, atas segala nikmat yang telah diberikan sepanjang perjalanan hidup ini. 
Lama rasanya tak mencoret sesuatu di dada blog ni. Maklumlah kekangan masa sebagai seorang mahasiswi...^_^ Apa rasa masa baca tajuk post kali ni? Mudah-mudahan berkobar-kobar semangat sahabat-sahabat ek. Sebenarnya ni tajuk sebuah program Palestin yang pertama kali diadakan di UniSZA anjuran Kelab Astronomi dengan kerjasama MPP. Alhamdulillah hujung minggu lalu terisi dengan suatu tarbiyah yang sangat-sangat saya rindu dan inginkan. Alhamdulillah bagaikan suatu roh baru meresap ke dalam jiwa ni. Ruhul Jadid...


Program dimulakan dengan ceramah perdana pada malam 14/10, yang bertajuk "Bebaskan Palestin" oleh Ustaz Zulkefli al-Bakri; ahli Majlis fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu. Banyak input-input yang berguna saya dapat daripada ceramah ni. Ekceli Ustaz Zulkefli sepatutnya ditemani oleh Ustaz Zahazan antara penceramah yang cukup saya minati. Tetapi disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan, Ustaz Zahazan tidak dapat bersama pada malam tu. Masa pengerusi majlis umumkan tu, sedih jugak, maklumlah, dah terbayang-bayang Ustaz Zahazan kat atas pentas berceloteh sambil tersenyum, tetiba tak datang, frust lah saya. Namun, ke'frust'an tu dapat ditampung dengan pengisian yang tak kurang hebatnya dari Ustaz Zulkefli.

Keesokan paginya, ada ceramah juga. Disampaikan oleh pengerusi Aqsa Syarif Terengganu yang bertajuk "Palestin Kami Ada Untukmu". Tetapi saya tak join ceramah yang ni sebab ada perkara yang utama yang perlu diaulakan. Yakni assignment talaqqi yang kena submit 18/10. Satu kerugian yang besar juga rasanya. Tetapi, Islam mengajar kita untuk mengutamakan apa yang lebih aula. Alhamdulillah, waktu petang saya diberi kesempatan oleh Allah untuk menghadiri satu lagi ceramah. Saya ditemani oleh dua sahabat saya yang memang sama-sama semangat jugak nak dengar ceramah ni; Shira dan Idah.Ceramah yang cukup mantap dan hebat bertajuk "Realiti Serangan Mavi Marmara". Tengok tajuk mesti sahabat-sahabat dah dapat agak siapa penyampainya kan? Sudah pasti Ustaz Hasanuddin; pengerusi Aqsa Syarif dan mangsa serangan Mavi Marmara. Banyak sangat maklumat dan pengetahuan yang ustaz kongsi dengan kami. Cukup terkesan di hati dengan cerita ustaz tentang pengalamannya. Ustaz berjaya membawa jiwa-jiwa kat dalam Dewan al-Muktafi Billah Shah (DABS) bersama dengan ustaz disaat-saat genting dan susah sepanjang perjalanan Mavi Marmara.

Dan tibalah acara kemuncak yang sangat dinanti-nantikan oleh....saya.

Saya memang sangat meminati Shoutul Harokah, semua lagu-lagunya sangat membangkitkan semangat jihad Palestin. Namun, tak pernah bersua sebenarnya. Sebab tu lah, agak teruja bila dapat tau ShouHar akan datang ke UniSZA. Awal-awal lagi dah beli tiket. Hanya Allah je tau perasaan bile dah dapat pegang tiket ke konsert tu. Malam tu, seusai solat isya', saya berjalanlah dengan Shira dan Idah ke DABS dengan semangat berkobar-kobar membawa mafla Palestin masing-masing. Konsert dimulakan dengan alunan selawat dari Muadz Dzulkefly diiringi dengan paluan gendang oleh Mr. Gendang. Selepas Muadz menyampaikan beberapa lagu, tibalah giliran Shoutul Harokah. Lagu first mereka nyanyikan Bingkai Kehidupan diiringi dengan kibaran bersemangat bendera Palestin oleh pemuda-penuda Aqsa Syarif. Kemudian lagu kegemaran saya, Palestina Tercinta dan dipendekkan cerita, konsert diakhiri dengan alunan lagu Gelombang  Keadilan (kalau tak silap sayalah). Malam tu rasanya, cukup bersemangat. Hanya Allah je yang tahu. Dengan laungan takbir, setiap kali berakhir lagu-lagu ShouHar. Rasanya, jika semua pemuda-pemuda Islam bersatu seperti malam tu setiap masa dan dimana saja, menentang Israel dan Yahudi, InsyaAllah Palestin pasti menjadi milik kita kembali.

Seusai konsert, bermulalah sesi bergambar dan mengambil tandatangan mereka. Berebut-rebut kami nak ambil gambar terutama masa nak bergambar dengan Chandra, salah seorang vokalis ShouHar. tapi Alhamdulillah batas-batas antara muslimin dan muslimat masih terjaga. Malam makin tua, maka saya dan dua orang lagi sahabat yang setia baliklah ke asrama. Malam tu, tak dapat nak tidur. Mungkin tempias semangat Palestin agaknya. Seperti cadangan idah, saya tidur dengan mafla Palestin malam tu. Jujur saya katakan, saya akan sangat-sangat merindui semangat pada malam tu. Air mata mengalir masa terbaring nak tidur sebab terkenangkan bila lagi akan ada semangat seperti ini oleh syabab-syabab Islam, merayu agar Allah terus semarakkan semangat ini dalam jiwa. Memohon agar tidak Allah lekakan diri ini dengan kesenangan disini sedang saudara-saudara kita nun di Palestin sana, berhujan peluru dan bermandi darah. 

Keesokan malamnya ialah majlis penutup tiga aktiviti yang diadakan serentak pada hujung minggu tu; Debat Piala Naib Canselor, Karnival Universiti zon pantai timur(kalau tak silap) dan Palestin, kami ada untukmu. Semua pelajar semestar satu diwajibkan hadir. Suatu yang cukup menyedihkan pada malam tu, selepas bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, DABS yang pada malam sebelumnya telah bergema dengan laugan takbir dan dipenuhi semangat baru syabab-syabab Islam memperjuangan Palestin dan Islam telah dicemari dengan hiburan dari band. Lebih menyedihkan lagi, vokalisnya bukan lelaki, tetapi PEREMPUAN yang telah terang lagi bersuluh suaranya adalah aurat bila dilunakkan di khalayak ramai. Telinga-telinga kami yang kat dalam DABS  dibingitkan dengan bunyi drum. Bukan sekali, malah dua kali sahabat-sahabat. Ya Allah, berbara bukan main dalam dada, siapa lah yang kendalikan majlis penutup ni. Alhamdulillah, Palestin masih tak dilupakan bila Cik Suhaila (pengarah program Palestin kami ada untukmu) mendeklamasikan sajak buat Palestin berduet dengan seorang muslimin wakil MPP dan sesi menyampaian kutipan sumbangan pelajar UniSZA untuk Palestin kepada Setiausaha Aqsa Syarif Terengganu.

Sebenarnya, minggu ini agak sibuk, namun kerinduan pada Palestin ini tak dapat dibendung lagi. Jadi curi-curi jugak masa untuk meng'post' entry ini. Mungkin entry kali ni tak berapa banyak input yang dapat dikongsi dengan sahabat-sahabat, cukup lah ia sekadar luahan,coretan dan bicara hati ini.

Wallahualam, jaga diri, jaga hati, jaga iman..





You Might Also Like

0 bicara sahabat