Latest Posts

Ingatkan 1 Rupanya 2

By 2:01 AM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk diri ini meneruskan kehidupan di atas bumi yang fana ini. Dan alhamdulillah juga kerana masih diberi ilham untuk diri ini mencoret sesuatu. Sementara menunggu jam 5.30 petang, nak  keluar beriadhah dengan sahabat-sahabat seangkatan Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) terlintas difikiran untuk membalas tag dari Cik Ika. Mula-mula saya tengok 1 je tag ni, belek punya belek bolg ika rupanya ada 2. Jadi saya buat sekaligus la.


Tag ini memerlukan saya menyatakan apakah 5 perkara yang akan saya lakukan bila terjumpa makhluk bernama broadband.
Pertama sekali sudah pasti saya akan log-in akaun Facebook.

Kedua, sudah pasti pengarang jantung ku ini, Bicaraku.

*saya copy hadith kat sini, paste di facebook

Keempatnya, portal pelajar UniSZA
*info tentang perkembangan semasa di kampus

Kelima, kalau hari kuliah saya akan buka KeLip
*tapi kalau hari minggu, saya buka YouTube
tengok koleksi video ceramah Ustaz Azhar Idrus. Serius best ^_______^

Selepas jawab tag ni, terfikir pula,

Kalau kita dapat broadband IMAN, apa kita akan buat??

Jawapannya buka laman web;

1 Solat Subuh
2 Solat Zohor
3 Solat Asar
4 Solat Maghrib
5 Solat Isya'

Broadband dan laman web ni tak perlu dirisaukan tentang;

1 bil sebab sejak azali free
2 line sebab sentiasa line clear
3 hacker sebab kalau kuat iman kita, syaitanirrajim penat nak ganggu
4 eksklusif sebab boleh direct chat dengan Allah (doa)
5 bila-bila masa tapi kalau lambat kurang sikit keberkesanannya maka awal waktu it's better la.


Ini yang ke2 dari ika

Sila jelaskan kenapa anda suka ber-blog?
kerana saya suka menulis dan berkongsi

Apa motif anda tarik followers? Anda superstar kah?
berkongsi tulisan saya
bukan superstar sebab belum pernah masuk Akademi Fantasia dan seangkatan dengannya

Cerita sikit perangai anda.
suka menulis, menulis dan menulis

Pernah terfikir nak masuk magazine dan mewar-warkan  blog anda? Mengapa?
Tak pernah
sebab magazine tu kecik, saya ni besar, tak muat

Sila tembak bloggers lain
saya tak nak tembak tapi nak tag je
1 Kak Liena
2 Shira
3 Ira Yoshida
4 Anastasyea
5 Atok 



You Might Also Like

3 bicara sahabat

  1. Atok dah siap

    http://anaknegori.blogspot.com/2011/01/tag-090111.html

    Singgah ek
    ^_^

    ReplyDelete
  2. saidah..
    mahu tnye...
    broadband iman tue termasuk jugak dalam tag tue or saidah yang tambah..?

    ReplyDelete