Latest Posts

Diuji, Menguji, Teruji

By 8:27 AM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Segala pujian bagiNya kerana saat ini, masih diri yang kerdil ini diberi peluang mencoret sesuatu buat kepuasan hati kecil ini. Walaupun mungkin coretan kali ini hanya sebuah cerita kehidupan seorang insan yang tidak punya apa-apa, namun diharap ia dapat memberi manfaat dan renungan bersama.


Kesibukan menjayakan Karnival Kerjaya, Kesenian dan Keusahawanan IPT Zon Timur 2011 selama dua minggu menyebabkan saya kurang mengambil berat tentang kesihatan diri. Bukan niat ingin kufur dengan nikmat Ilahi ini, tetapi suatu yang bernama tanggungjawab saya lebih diutamakan. Kerana ini suatu tanggungan yang perlu dijawab di akhirat kelak.





Soalan demi soalan dari keluarga tentang kesihatan diri juga tak diendah lagi. Hati ini langsung tak berniat ingin menyepi. Tetapi sekadar ingin keluarga tidak bersusah hati. Semakin hari ketahanan diri makin menurun. Akibatnya, ibadah dan kehidupan yang dilalui bertambah murung. Sulit dalam setiap gerak dan geri.


Natijahnya, terpaksalah saya bercuti dua minggu dari kuliah. Masa lapang terbiar tanpa faedah. Terasa diri ini manusia yang paling rugi saat ini. Melihat tangis dan susah ummi setiap saat, timbul satu penyesalan dalam diri. Sesal kerana sepi. Ya. Sesal kerana sepi. Sesal kerana selama ini, sepi dari keluarga tanpa khabar tentang kesihatan yang diuji. 


Hari ini, diri ini mengambil ibrah dari diri yang diuji.

  1. Jangan menyepi dari keluarga bila diri diuji. Niat untuk tidak menyusahkan keluarga akhirnya memakan diri.
  2. Jangan bertangguh mendapatkan rawatan. Segera berjumpa doktor jika mula terasa sakit. Kerana sakit itu suatu nikmat yang perlu disyukuri. Syukuri ia dengan cara menjaganya juga merawatnya apabila kesakitan. Sepanjang dua minggu, pelbagai jenis rawatan saya ambil, kerana kita manusia perlu berikhtiar. Dari hospital kerajaan ke klinik swasta seterusnya perubatan tradisional tak lupa perubatan Islam. Kita hanya berikhtiar, selebihnya serah pada Allah yang Maha Berkuasa.
  3. Sakit itu penghapus dosa, namun jangan meminta sakit menebus semuanya kerana diri takkan mampu menanggung semuanya, dosa kita terlalu banyak. Akhirnya ia akan memudharatkan kita sendiri. Lebih baik kita menghapuskan dosa dengan bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.
  4. Saat sakit ini, diri mula menguji siapa kawan yang sentiasa bersama disaat tangis dan tawa, sakit dan sihat. Mungkin ada yang sentiasa bersama disaat senang, tetapi menyepi disaat kita kesusahan.
  5. Saat ini juga, kesabaran dan kemahuan teruji. Sakitku meminta agar diri berhati-hati dalam memilih makanan. Tiada ruginya melawan nafsu menikmati makanan yang tidak berkhasiat dan tidak berzat. Mujahadah itu indah.
  6. Redha dengan ujian. Terutama ujian kesakitan. Dengan izin Allah, sakit ini boleh singgah dan berlarutan pada jasad kita, maka untuk hilang, penyakit ini juga akan hilang dengan izinNya. Maka redhalah dengannya. Jangan merungut atau mencela.
Alhamdulillah, hari ini Allah pinjamkan kembali kesihatan ini. InsyaAllah, esok akan pulang ke kampus yang cukup dirindui. Mudah-mudahan hari mendatang dilalui dengan satu semangat dan nafas yang baru. Ibrah dari ujian kali ini dijadikan pedoman di masa akan datang. Terima kasih Ya Allah, kerana masih memberi peluang kedua buat diri ini.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman. 



You Might Also Like

6 bicara sahabat

  1. Orang sakit motivasi diri sendiri. good2.. susah nak cari mcn nie.. selamat mencontinueskan perjuangan.he

    ReplyDelete
  2. tertarik dengan pegcomment dari hashira yusoff. " ni gatal2 kita plak naek" sah2 nie chicken pop atau nama kampung deman campak. hehe comel lah muka teman demo nanti.hek2

    ReplyDelete
  3. @Hashira Yusoff
    kat hostel rindu rumah,
    kat rumah rindu hostel

    sebenarnya rancang nak balik selasa lepas lagi..
    dah rindu sangat hostel, kuliah, u, kawan-kawan =_=
    tapi Allah lebih hebat Merancang dan Tentukan,
    so, balik la ari ni..(^___^)

    ReplyDelete
  4. @AL-QASSAM
    alhamdulillah..
    nilah cara paling molek motivasi diri.
    kalu orang lain bagi motivasi ke kite,
    kadang-kadang die jadi roti basi.lain tu..

    ReplyDelete
  5. tanpa kehadiran sakit.... tidak akn wujud nikmat sihat....Syafakallah...

    ReplyDelete
  6. @Haffzone
    betul,betul,betul...
    adatnya manusia,
    bila di depan mata tak dipandang,
    bila tiada terasa kurang..

    syukran

    ReplyDelete