Latest Posts

~~Hani~~

By 9:07 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Alhamdulillah semalam berpeluang menonton final Hani di TV3. Subhanallah, jalan cerita yang penuh dengan nasihat, pedoman dan pengajaran. Adegan Hani rebah sebelum sempat bertolak ke Mekah untuk menunaikan umrah bersama ibu dan ayahnya cukup mengalirkan airmata saya. Tahniah buat Tn. Zabidi Mohamed. Sedikit sinopsis tentang cerita Hani. 

Mengisahkan cabaran hidup seorang remaja yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak. Ummu Hani merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya. Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya. Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Ummu Hani yang 'sebenar' telah kembali ke rahmatullah di depan pintu Masjidil Haram pada usia 32 tahun selepas menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran di Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Baru.


Sewaktu kali pertama menonton drama Hani, ia mengingatkan saya pada filem One Liter of Tears kerana jalan ceritanya yang hampir sama.


Menceritakan tentang Aya Ikeuchi, seorang gadis remaja yang baru saja menikmati kehidupan di sekolah menengah. Aya seorang gadis yang cantik, pintar, dan jaguh bermain bola keranjang di sekolahnya. Namun tanpa dia sedari, pada usia 16 tahun, dia telah disahkan mengidap penyakit Spinocerebellar Degenaration. Penyakit yang belum ada ubatnya ini perlahan-lahan merosakkan saraf otaknya dan membuatnya tidak mampu menggerakkan anggota tubuhnya lagi. Kisah ini diadaptasi dari buku kisah nyata seorang gadis bernama Aya Kitou.



Keluarga yang sentiasa ada disisi disaat kesusahan dan kesempitan.



Berhibur dan menonton tiada salahnya namun perlu diingatkan batas dan adab ketika berhibur. Drama-drama di kaca televisyen kini semakin banyak dan kebanyakkan berunsur tahyul dan percintaan. Selaku penonton yang bergelar muslim, kita perlu bijak dalam memilih genre cerita. Bukan untuk menonton sahaja, tetapi ambil dan nilai apa yang ingin disampaikan. Buang yang keruh ambil yang jernih.

InsyaAllah bulan April ini novel Hani akan dilancarkan, buat peminat drama ini jangan ketinggalan menjadikan ia sebahagian dari koleksi anda. (^_____^) Saya pun insyaAllah ingin memilikinya.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.


You Might Also Like

6 bicara sahabat

  1. Allah s.w.t. menimpakan ujian yang berbagai-bagai jenis dan tahap kepada manusia.

    Seronok sebenarnya dapat mendengar kisah-kisah orang yang ditimpa ujian berat ini. Jika diperhatikan betul2, mereka tidak mengeluh sedikitpun. Mereka ditimpa ujian yang hebat, kerana mereka juga adalah orang-orang yang hebat.

    Wallahu a'lam.

    Suka dengan entri seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Kisah hani ni kisah benar ke? xpnah tgk pn kt tv...

    ReplyDelete
  3. @Arif Iskandar
    ujian umpama hadiah dari Allah buat hambaNya

    makin besar hadiah yang diperoleh, makin besar kasihnya

    wallahualam

    ReplyDelete
  4. @Haffzone
    kisah Ummu Hani suatu kisah benar..
    diadaptasi dan diberi nafas baru dalam slot akasia
    di tv3 oleh Zabidi Mohamed

    ReplyDelete
  5. Ambe memang suka cerita dalam novel.. tapi ambe xsuka membaca novel.. Dari dulu duk tunggu2 kalu ada evolusi bagaimana nak baca novel cara mudah.. xpayah baca yang tebal2. dan masih kehairanan kenapa orang perempuan suka baca novel. pelik2. just membebel. sebab saya xpuas hati sebab sya xleh baca novel. baca satu bab terus mengantuk.kih3

    ReplyDelete
  6. @AL-QASSAM
    cadangan je lah,
    try bace dan masukkan diri kita dalam cerita tu,
    perempuan suke baca novel sebab berjiwa sentimental kot..
    bace novel blh wat kita lebih berfikiran kreatif..
    tapi kalu novel jiwang2 n cintan cintun tanpa motif tu lain citer la pulok

    ReplyDelete