Latest Posts

Apa Bezanya Dulu dan Sekarang??

By 7:15 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Pembunuhan Bayi Lelaki Zaman Firaun




Kezaliman Firaun mengarahkan rakyatnya membunuh setiap bayi lelaki yang dilahirkan telah dinukilkan oleh Allah dalam kitabNya yang agung dalam surah al-Qasas, ayat 4.
Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta dia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Dia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya dia adalah dari golongan yang membuat kerosakan.
Seterusnya dalam surah al-A'raf ayat 141.
Dan (Tuhan berkata): Ingatlah ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, yang menyeksa kamu dengan azab seksaan yang seberat-beratnya; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu. Dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu mengandungi cubaan yang besar dari Tuhanmu.

Pembunuhan Bayi Perempuan Zaman Jahiliyyah


Zaman jahiliyyah iaitu zaman sebelum kedatangan Islam yang mulia melalui Nabi Muhammad s.a.w juga tidak kurang kejamnya. Mereka telah menanam hidup - hidup setiap bayi perempuan yang dilahirkan. Kisah kekejaman mereka ini telah Allah ceritakan dalam al-Quran sebagai pengajaran buat kita semua. Antaranya dalam surah an-Nahl ayat 58-59.
“Dan apabila seseorang dari mereka di beri khabar dengan ( kelahiran ) anak perempuan, hitamlah ( merah padamlah ) mukanya, dan dia sangatmaran. Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai disebabkan berita buruk yang disampaikan kepadanya. Adakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukahakan menguburkannya ke tanah ( hidup-hidup )? ketahuilah, alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” 
Ditambah pula dalam surah at-Takwir ayat 8 yang bermaksud :

“Apabila bayi-bayi perempuan yang dikuburkan hidup-hidup bertanya kerana dosa apa dia dibunuh”  

Pembunuhan Bayi Zaman 'Jahiliyyah Moden'
 

Kalau Zaman Firaun hanya bayi lelaki dibunuh manakala Zaman Jahiliyyah hanya bayi perempuan dibunuh. Zaman Moden? Tak kira apa jantina si bayi, ia pasti dibunuh. Mereka dibunuh dengan pelbagai cara. Cukup kejam dan tidak berperi kemanusiaan.

Jika Firaun dan masyarakat Jahiliyyah punya alasan sendiri kenapa mereka membunuh bayi-bayi mereka, masyarakat kita juga punya alasan tersendiri. Kerana apa? Kerana MALU. Ya, kerana MALU kepada masyarakat akibat perbuatan zina mereka sendiri.

Jadi apa beza dulu dan sekarang??

Pembunuhan bayi lelaki pada Zaman Firaun berakhir setelah dewasanya Nabi Musa a.s yang membawa Islam. Saidina Umar yang pernah menanam hidup - hidup puterinya ketika masih musyrik telah bertaubat setelah masuk Islam. Jika semua kejahilan pada zaman tersebut berjaya diatasi melalui Islam, sudah pasti penyelesaian untuk zaman sekarang juga adalah Islam. Kita harus kembali kepada Islam, jadikan Islam cara hidup yang sebenarnya, pasti semua kemaksiatan dan kemungkaran akan berakhir seterusnya kita akan mampu  untuk hidup dalam aman berkat keredhaan dan kerahmatan dari Allah.

Hingga bertemu lagi dilain nukilan (^_________^).
Wallahualam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

You Might Also Like

1 bicara sahabat

  1. http://izzul-umarain.blogspot.com/2009/03/sejarah-pembunuhan-anak-perempuan-di.html

    ReplyDelete