Latest Posts

Cinta dari Kaabah

By 1:07 AM


Usai solat isya' berjemaah di surau, aku melangkah pulang ke bilik asramaku. Sebaik pintu bilik dibuka, tangkai hatiku disapa angin kerinduan pada adik teman sebilik kesayanganku. Sudah hampir dua minggu kami dipisahkan jarak masa dan geografi. Hari-hariku sedikit sunyi dan sepi tanpa dia. Satu per satu kenangan bersamanya menerpa dalam kantung ingatanku. Allahurabbi. Tak terucap rinduku padanya. Hanya Allah yang tahu.

Jarum jam yang menunjukkan tepat jam 9 malam memaksaku menutup sebentar album kenangan aku dan adik. Aku mula membuka laptopku dengan niat mahu menyiapkan assignment yang telah diberikan oleh pensyarahku pada minggu lepas. Baru beberapa ketika bebola mataku tertumpu pada skrin laptop, telefonku menyanyi. Bibirku terlebih dahulu mengukir senyuman rindu sebelum mencapai telefonku kerana aku tahu itu panggilan dari umi.

Suara yang aku rindukan sepanjang hari. Suara umi cukup ceria menceritakan seharian yang umi habiskan. Aku kenal benar umi, walaupun suaranya ceria sebenarnya dia derita. Derita tanpa cinta dari seorang suami yang telah meninggalkannya hampir setahun yang lalu. Allah... Berikan kekuatan dan ketenangan untuk umi, ya Allah. Dia terlalu merindui abah kerana sepanjang bersama, mereka tidak pernah berjauhan. Lebih-lebih lagi untuk selama-lamanya.

Hampir setengah jam kami berbual mesra. Perbualan menghampiri penghujung, namun aku sengaja memanjang-manjangkan cerita. Aku bertanya pada umi tentang perancangan umrah pada cuti semester nanti. Hatiku berharap ada cahaya dalam jawapan umi. "Tempahan umrah bulan puasa dah penuh, dik", ujar umi. Allah... Dingin terasa dalam hati. Aku terdiam. Sedih. Terkilan. Umi perasan perubahan emosi aku. "Kenapa diam dik? Umi minta maaf, dik. Umi tak tahu". Astarghfirullah.. Aku dah buat umi rasa bersalah. "Tak pe lah umi. Bukan salah umi pun. Tak de rezeki kite lagi." Air mataku mula mengalir. "Maaf ye dik. Mungkin belum masa kita. InsyaAllah nanti ada, Allah permudahkan." Umi pandai mengawal keadaan. Umi menukar topik di saat aku makin hanyut melayan perasaanku. Perbualan kami berakhir dengan sekalung doa.

Sebenarnya telah lama aku menyimpan hasrat untuk ke Mekah bersama abah dan umi. Namun aku hanya merancang, Allah lebih hebat menentukan segalanya. Abah terlebih dahulu pergi menghadap Ilahi sebelum sempat aku menjejakkan kaki ke sana bersamanya. Arwah abah selalu menceritakan kisah abah dan umi ketika mereka ke sana menunaikan ibadah haji. Ketika itu aku baru berumur 6 tahun. Cerita-cerita dari umi tentang Kaabah dan Mekah juga sering kali menggamit rindu aku padanya.

Mungkin Allah ada perancangan yang lebih baik untukku. Untuk apa aku sedih? Kenapa aku perlu kecewa? Adakah aku marah? No...No..No.. Ini semua ketentuan Allah. Kalau aku sedih, kecewa, marah dengan ketentuan ini, maknanya aku sedih, kecewa, marah dengan Allah. Astarghfirullah. Siapa aku untuk sedih, kecewa, marah dengan perancangan Allah? Siapa aku? Aku hanya hamba Allah yang hina. Takkan hanya kerana satu harapanku Allah lambatkan, aku mahu mengeluh dengan Allah? Sedang beribu, berjuta lagi nikmat yang Allah sediakan untuk aku. Nikmat Islam, iman, nafas, penglihatan, pendengaran... Allah... Terlalu banyak jika aku mahu senaraikan semuanya.


Ya Allah,
aku memohon keampunan dariMu.
Aku seringkali mengingkari nikmatmu.
Seringkali juga aku mengeluh dengan ujianMu.

Ya Allah,
andai belum tiba masanya untuk aku menjejakkan kaki ke tanah suciMu,
aku redha ya Allah,
mungkin ada kekhilafan dalam diri yng belum aku betulkan,
mungkin ada kekotoran dalam hati yang belum aku bersihkan.

Ya Allah,
aku memohon agar Engkau sampaikan aku ke sana,
sampaikan aku ke sana bersama insan-insan yang aku sayangi,
sampaikan aku dengan rahmat dan redhaMu,
sampaikan aku dengan hati yang ikhlas mencari cintaMu dan rindu RasulMu. 

Amin ya Rabbal alamin...

Sekadar nukilan hati,



You Might Also Like

5 bicara sahabat

  1. InsyaAllah.. doa, allah akan mengundang ukht ke sana..

    -ilhmulftri

    ReplyDelete
  2. Akan tiba suatu saat nanti... Insyaallah... yakin lah dengan janji Allah, Allah akan makbulkan setiap doa hambaNYa... :)SABAR ITU PENAWAR... ^_~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3..
      mgkin Allah nk sye lebih bdoa n bergantung harap pdNya :)

      Delete