Latest Posts

Pertama Kali

By 9:06 PM , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Alhamdulillah setelah sekian lama menyepi akhirnya Allah izinkan juga jemari ini menari kembali di atas keyboard Pingu (nama lappy kesayangan ^^). Dan terlebih lagi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dalam kesibukan sebagai mahasiswi, telah diberi peluang olehNya untuk melihat dengan mata kepala sendiri, Ustaz Azhar Idrus. Saya akui mungkin agak ketinggalan zamanlah diri ini, kerana orang lain dah selalu ke kuliah Ustaz. Atas sebab-sebab tertentu, saya jadi terhalang untuk ke kuliah Ustaz yang paling diminati ini.


Selepas dapat berita dari seorang pak cik yang UAI akan ke Surau Pak Tuyu, otak terus ligat berputar meneliti dalam database ingatan, nama-nama sahabat yang nak diajak join the club. Lastly, ajaklah Kak Mira, Kak Aina, Yana dan Ana. Seperti yang telah dirancang oleh Allah, bertolaklah kami menaiki kereta sebelum maghrib ke surau. Alhamdulillah sempat solat maghrib berjemaah di sana. Dek kerana keterujaan yang terlampau nak jumpa UAI, saya tak tahu sebenarnya kuliah ustaz bermula jam 8 malam. Maka berlakulah penantian suatu penyeksaan selepas solat maghrib tu.

 
Ustaz memulakan kuliah dengan pengajian kitab seperti biasa dalam bab 'kesabaran seorang suami dalam rumah tangga'. Kebiasaannya kita diceritakan tentang kelebihan untuk si isteri yang bersabar dengan kerenah suami dan anak-anak. Tetapi jarang sekali yang menceritakan kelebihan si suami yang bersabar terhadap isteri. Mari sama-sama kita renung betapa hebat seorang suami yang kuat, mampu bersabar dengan 'kekuatan' mulut dan perangai isteri. Terlalu sedikit suami yang mampu menahan marah, tetapi terlalu ramai bahkan boleh dikatakan semua suami akan menggunakan kekuatan fizikal mereka (tangan, kaki) untuk mengajar isteri.

"Orang puang lemoh fizikal, nak tendang pitu pun dok rok, tapi Allah Maha Adil, wi mulut die gagoh, tapi jangan pulok gune kegagohan tu untuk maki tok laki. Orang laki Allah buat gagoh fizikal, tapi janganlah gi nampor bining tu. Nok tapor, gi tapor peti sejuk. Nok sepak, gi sepak tong gas." ~Ustaz Azhar Idrus~

Lima faedah yang UAI highlightkan dalam bab ini; 1)kelebihan dan adab-adab ziarah, 2)tuntutan mencari nafkah, 3)sifat seorang perempuan, 4)kelebihan sabar dan 5)perempuan yang baik. Subhanallah, terlalu banyak mutiara-mutiara ilmu yang saya peroleh disamping penyampaian yang santai oleh UAI. Mungkin ada sesetengah orang yang kurang setuju dengan cara penyampaian UAI (ceramah + lawak). Tapi inilah gaya dan cara UAI. Malah kita tak mampu untuk mengatakan penyampaian beliau tidak berkesan. Ini kerana jika dilihat di setiap kuliah UAI pasti dipenuhi umum khususnya anak-anak muda yang dahagakan ilmu agama dalam bentuk yang ringan dan dekat di hati mereka.


Point UAI yang paling saya suka, rezeki suami takkan dimakan oleh isteri. Pada awal dengar ayat ni, agak blurr, tapi alhamdulillah, Allah berkehendakan kefahaman pada saya. Ketika ditiupkan roh kita ke dalam rahim ibu, para malaikat telah mencatat ketetapan oleh Allah akan setiap makhlukNya; rezeki, jodoh, ajal. Kaum adam janganlah risau tentang ekonomi sehinggakan melambat-lambatkan ibadah yang menyempurnakan sebahagian agama iatu pernikahan. Dimana letaknya keyakinan kita terhadap sifat Allah yang Maha Pemberi Rezeki? Isteri akan datang ke rumah suami dengan rezekinya sendiri. Ditambah pula dengan kelahiran cahaya mata yang juga lahir dengan catatan rezekinya sendiri.

"Orang asli dok ngaji sifat 20 Allah pun, tapi rilek je ade bini. Due agi bos. Anok-anok lompat sana sini, 13 orang agi. Tak dok myvi pun, tak dok honda accord pun, sumpit je bos. Duk umoh dari daun-daun je, tapi yakin rezeki tu akan mari. Kite hok ngaji sifat 20 Allah pun takut nok nikoh." ~Ustaz Azhar Idrus~
Ceramah punya ceramah, akhirnya sampailah ke bahagian yang paling saya suka, 'anda tanya, UAI jawab'. Macam-macam persoalan daripada hadirin. UAI still maintain dengan gayanya menjawab persoalan-persoalan orang ramai. Kadang-kadang pada kita ia persoalan yang serius dan berat, tetapi apabila dijawab oleh UAI ia kedengaran ringan dan simple. Ada juga yang mengambil kesempatan bertanyakan tips kelebatan janggut 'jeput' UAI ^^ Dan lebih tidak mampu saya menahan gelak, soalan tersebut ditanya dua kali. Sungguh bagus orang kita nak mengikut jejak langkah para ustaz.



Akhir kalam, semoga ustaz-ustaz kita terus diberi kekuatan oleh Allah dan terus teguh di jalan dakwah. Semoga ummat kita juga terus istiqomah mencari ilmu khususnya ilmu agama dan amnya ilmu-ilmu fardhu kifayah (sains, komputer, matematik). 

Wallahua'lam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

p/s : last week abang Sham Kamikaze mai UniSZA ^^ V





You Might Also Like

8 bicara sahabat

  1. assalam..saidah~
    terima kasih byk2 sebab sudi ajk ana g kuliah ustaz uai,byk ilmu y ana dpt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ana..
      tens jgk sbb sudi luangkn mse sme2..
      wlaupun msing2 cbuk dgn hal lain ^^
      tp kite kene yakin,
      kalu kite luangkan ckit je pun mase untuk cari ilmu akhirat,
      insyaAllah, Dia akn tmbahkn msa utk prkara2 kita yg lain ^^

      Delete
  2. Assalamualaik. ukht mintk copy kata2 UAI tu ye... ----->

    Point UAI yang paling saya suka, rezeki suami takkan dimakan oleh isteri. Pada awal dengar ayat ni, agak blurr, tapi alhamdulillah, Allah berkehendakan kefahaman pada saya. Ketika ditiupkan roh kita ke dalam rahim ibu, para malaikat telah mencatat ketetapan oleh Allah akan setiap makhlukNya; rezeki, jodoh, ajal. Kaum adam janganlah risau tentang ekonomi sehinggakan melambat-lambatkan ibadah yang menyempurnakan sebahagian agama iatu pernikahan. Dimana letaknya keyakinan kita terhadap sifat Allah yang Maha Pemberi Rezeki? Isteri akan datang ke rumah suami dengan rezekinya sendiri. Ditambah pula dengan kelahiran cahaya mata yang juga lahir dengan catatan rezekinya sendiri.

    "Orang asli dok ngaji sifat 20 Allah pun, tapi rilek je ade bini. Due agi bos. Anok-anok lompat sana sini, 13 orang agi. Tak dok myvi pun, tak dok honda accord pun, sumpit je bos. Duk umoh dari daun-daun je, tapi yakin rezeki tu akan mari. Kite hok ngaji sifat 20 Allah pun takut nok nikoh." ~Ustaz Azhar Idrus~


    jzkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tafaddal
      bak kate Ustaz Zahazan,
      ilmu untuk dibahagi2,
      bukan utk disimpan dlm almari,
      jadi suci dalam debu ^^

      Delete
  3. singgah sambil baca-baca,,, menarik

    ReplyDelete