Latest Posts

Imtihan Dunia Cerminan Akhirat

By 9:28 AM , , , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Salam imtihan untuk semua yang sedang, akan dan telah menghadapi final exam. Ingat selalu formula berharga: Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal. 

Kenapa dipermulaannya doa? Kerana ia jambatan kita dan Pencipta. Minta padaNya agar dilapangkan dada untuk menelaah pelajaran, minta padaNya untuk dikuatkan hafalan dan minta padaNya agar ia kekal bukan hanya untuk peperiksaan malah bakal digunakan di masa akan datang.

Kemudian berusaha sedaya dan semampumu. Jangan dipaksa andai otakmu sudah tepu. Kerana Tuhan telah menetapkan hanya setakat itu yang engkau mampu.

Lalu berikhtiarlah selayaknya hamba. Jangan sekadar menatap nota ilmu dunia, tetapi berikhtiarlah mendekatkan diri dengan Tuhan alam semesta. Siang beruzlahlah menuntut ilmu, malam beruzlah lagi memanjat doa dalam sepi.

Akhirnya bertawakallah. Andai kejayaan yang didamba diperoleh, maka bersyukurlah. Jika sebaliknya, jangan engkau berputus asa. Kerana itu sudah ketetapanNya. Janganlah sedih berpanjangan, kerana ia bukanlah satu pengakhiran. Kerana ia mungkin satu permulaan untuk kejayaan yang ditangguhkan Tuhan.



Yang mengharap redha Allah dalam setiap coretan,



You Might Also Like

0 bicara sahabat