Latest Posts

Andai saja dia bisa bersuara

By 9:31 AM , , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Bismillah. InsyaAllah, biiznillah entry kali ini saya nak bercerita tentang kisah seorang pemuda yang bisu. Sungguh jika hidup dengan mengambil ibrah dari segala kejadian, hidup kita akan terasa lebih indah.



~~~~

Selepas melihat jarum jam di dinding menunjukkan angka 4 dan 7, Man segera menyarungkan kain pelikat dan dipadankan dengan baju melayu berwarna kuning cair. Dilekapkan sehelai kopiah putih berjalur hijau di kepalanya. Dia kemudian menyarung seliparnya yang sekali dipandang sudah layak berada di dalam perut tong sampah.

Dia lalu berlari-lari anak menuju ke masjid yang hanya sekadar beberapa langkah dari rumahnya. Masakan tidak, pagar besi yang memagari kawasan rumahnya itu sekaligus menjadi pagar masjid. Dia kemudian melangkah ke paip air. Air yang keluar dari mulut paip itu dijirusnya ke setiap anggota wudu' yang wajib. Jam masjid mula berdetik menandakan sudah masuknya waktu asar. 'Ah, Man sampai tepat pada waktunya', detik hatiku yang sejak tadi memerhatikan lagak Man, si bisu.

Selepas menadah tangan berdoa seusai menyempurnakan wudu'nya, dia berjalan ke pintu utama masjid. Dia menyelak kedua-dua daun pintu. Dia kemudian berpaling ke arahku dan menjungkit sedikit bahunya dan mengerakkan tangannya menandakan tiada orang di dalam masjid ruangan muslimin. Air mukanya mula berubah. Dia menepuk-nepuk dahinya dan tiang masjid. 'Man dah marah', ujar seorang mak cik yang baru sahaja selesai mengambil wudu'. Mungkin dia merasa kesal dengan sikap muslimin lain yang cukup sifatnya. Waktu sebegini sahaja belum ada yang datang megumandangkan azan. Mungkin juga dia mengumam di dalam hati, andai saja dia punya suara, cukup dia sahaja yang manjadi muazzin. Tetapi apakan daya dia tak punya kidung seperti kita!!

Deruman motor si Mamat kedengaran di jalan raya. Dia membelok motornya memasuki kawasan masjid. Man yang sedang berdiri melontar pandangannya ke jalan raya tersengih hingga ke telinga selepas melihat kelibat si Mamat.

~~~

Bersyukurlah kerana kita masih punya nikmat-nikmat asas (penglihatan, pendengaran, deria rasa, berjalan, bercakap). Jangan bersyukur hanya bila kita dikurniakan nikmat-nikmat besar sebagai contoh mendapat anugerah dekan. Kita selalu sahaja sedih dengan nikmat-nikmat besar yang terkadang Allah lewatkan atau tak kurniakan, sedang kita lupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat asa yang tidak pernah putus dikurniakanNya.


Akhir kalam, jaga diri, jaga hati, jaga iman ^___^



You Might Also Like

1 bicara sahabat

  1. jemput join segmen....
    http://suanazhar.blogspot.com/2014/02/segmen-rezeki-siapa-by-suana.html

    ReplyDelete