Latest Posts

He's very kind

By 5:46 PM , ,

Bismillahirrahmanirrahim

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Anas ra berkata: Nabi SAW bersabda; Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku merencanakan azab dan seksa bagi penghuni bumi namun bila Aku melihat kepada mereka yang memakmurkan rumah-rumah-Ku (masjid-masjid) dan mereka yang beristighfar di waktu fajar Aku elakkan azab-Ku yang Kurencanakan itu." (Hadis Riwayat Baihaqi)
InsyaAllah pada entry kali ini saya nak kongsikan tentang hadis di atas yang telah diriwayatkan oleh alBaihaqi dan ia adalah satu hadis qudsi. Apa itu hadis qudsi? Hadis qudsi ialah suatu hadis yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tetapi isinya adalah dari Allah s.w.t. Hadis ini saya grab  semasa perkongsian harian di tempat praktikal saya, Pejabat Ketengah. Subhanallah, tersangat99 gembira dapat praktikal di sana sebab staf-staf yang baik, environment sekitar yang masih ada aura islamik dan yang paling penting dekat dengan umi ^^,


Apa yang nak saya kongsikan daripada hadis ini ialah dua amalan kita semua yang menjadi asbab penangguhan azab Allah ke atas makhluk di bumi. Kata Allah, dua amalan yang kita lakukan itu ialah 1) memakmurkan rumah Allah yakni masjid dan 2) beristighfar di waktu fajar. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Syukur, terima kasih Ya Allah, kerana dengan asbab kita takut kepadaNya maka Dia menangguhkan azab ke atas kita.



Kalau kita tengok kedua-dua amalan ini berkait rapat dengan takwa (takut) kepada Allah. Kerana takut kepada Allah, maka kita bersolat jemaah di masjid/surau dan mengimarahkannya, kita merancang program-program yang mengajak orang ramai datang ke masjid. Apa guna dibina masjid tersergam indah tetapi kosong dengan jemaah. Last-last sejadah yang bangun solat sendiri. Mudah-mudahan kita menjadi orang yang bakal mendapat naungan arasy Allah di akhirat kelak dengan asbab hati kita selalu teringat dengan masjid. P/s: suka tengok drama Geng Surau sebab ada Beto Khusyairi suka tengok anak muda dan warga kampung bersatu  nak imarahkan rumah Allah.



Amalan beristighfar di waktu fajar juga salah satu amalan yang boleh meningkatkan takwa kita kepada Allah. Kita mengadu memohon keampunan kepada Allah pada waktu pagi dan petang. Sedangkan kekasih kita, Rasulullah s.a.w yang sudah sedia maksum pun beristighfar 70 kali sehari, inikan pula kita yang tak lepas dari melakukan dosa.


Hadis Nabi s.a.w. bermaksud: “Barangsiapa tekun beristighfar, nescaya Allah mengadakan baginya jalan keluar dari tiap-tiap kesempitan serta diberi rezeki dari arah yang tidak  di sangka-sangka.” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Hakim)
Semua yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu juga datangnya dari Allah, cuma disandarkan pada jasad dan diri saya yang hina ini. Semoga kita sama-sama mendapat hadiah teristimewa iaitu redha Allah. Dan semoga kita semua diizinkan Allah untuk sentiasa praktikkan dua amalan yang menjadi asbab Allah tangguhkan azabNya. 

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wassalam ^^v



You Might Also Like

0 bicara sahabat