Latest Posts

Please, stop praising!

By 5:43 AM , , ,


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Bismillah.

Allah, lame sungguh tak terupdate blog ni. Bukan setakat dah bersawang, dah hampir jadi hutan simpan dah. Allah..Allah.. Never give up Saidah. Ini peluang kau berdakwah, menanam pahala, teruskan, teruskan ^___^



Entry terbaru untuk tahun baru melalui blog yang berwajah baru ^_____^ Semua baru, kecuali pengantin baru, hehe. Tajuk itu perlulah dibaca dalam nada yang tegas. Please, stop praising! Tolonglah, berhenti memuji! Berhenti memuji? Memuji apa? Kenapa perlu berhenti?

Pujian yang saya maksudkan di sini ialah pujian terhadap kelebihan manusia lain yang kita ucapkan didepannya. Sebagai contoh, 'Jemah, lawanya kau ni. Dahlah pandai. Jeles aku.' Bila kita memuji orang lain, secara automatik, of course why not, paling common pun akan timbul sedikit rasa bangga dalam diri dia.



Mungkin ada yang kata, jadi, apa masalahnya? Yang riak itu dia (yang dipuji). Bukannya saya (yang memuji). Ya, betul. Tetapi kita tak sayang pada sahabat kita ke? Jika kita takut berlaku riak pada diri kita, kerana riak itu adalah syirik khafi (tersembunyi), kenapa kita tak takut jika sahabat kita juga akan melakukan syirik yang sama? Nak kita sorang je ke masuk syurga? Sahabat kita tu, biar dialah, dia punya pasal. Tengok, cantik tak Islam? Penyayang tak Rasulullah s.a.w? Islam nak, kita menjaga bukan diri kita sahaja, malah diri orang lain yang berada di sekeliling kita juga.


Rasulullah berpesan kepada Saidina Ali r.a, "Wahai Ali, apabila engkau disanjung orang dihadapanmu,  ucapkanlah: Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunilah dosaku apa yang mereka tidak ketahui, jangahlah aku diseksa tentang apa-apa yang mereka ucapkan."

Janganlah memuji manusia kerana yang selayak-layaknya dan yang selama-lamanya yang layak dipuji hanyalah Allah s.w.t. Tak salah kita memuji keindahan rupa paras teman kita kerana kita berasa kagum dengan kebesaran Allah, tetapi pujilah kecantikan dia sekadar di dalam hati kita. Memuji kelebihan dia kerana kita memuji kebesaran Allah yang menciptakannya. Jika Allah boleh mencipta manusia secantik fulan atau fulanah, mestilah Allah itu terlagi-lagi-lagi lah indah. ^__________^



Tetapi, pujian pun sebenarnya ada kegunaan yang positif sebagai pemberi motivasi. Cuba bayangkan, if ada seorang sahabat kita baru berhijrah dari free hair then sekarang pakai tudung. Pujilah sikit, agar dia lebih bersemangat untuk meneruskan niat baiknya.

Akhir kalam, semua yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu juga dari Allah cuma ia tersandar pada diri saya yang lemah. Apa sahaja kehebatan yang terlihat pada diri kita bukan milik kita hakikatnya. Ia tempias dari aib kita yang Allah dah tutup dari pandangan manusia lain. Subhanallah, Maha Baiknya Allah ^________^

Wassalam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.






You Might Also Like

2 bicara sahabat

  1. nice sharing =) pujian itu hanya untuk Allah =) teguran dari seorg sahabat yg amat dikasihi, klo ad org memuji, ucaplah "Hazaminfadhlirabbi" perkongsian yg bermanfaat syukran kak =)

    ReplyDelete
  2. ateh..syukran jgk :) semua milik Allah...tiada milik kita :)

    ReplyDelete