Latest Posts

Jangan Tidur Lagi.

By 8:47 PM ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

sumber: google. cantiknya, tak nak tidur terus kalau macam ni :)
Jangan tidur dulu ye teman-teman. Sebab Rasulullah s.a.w pun pesan macam tu kat Sayyidatina Aisyah r.anha ^^ Suatu malam, Sayyidatina Aisyah r.anha dah kemas-kemas tempat tidur beliau dan Rasulullah s.a.w, dah nak tidur dah. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w bersuara sambil pandang isteri kesayangan baginda setelah ibunda Sayyidatina Khadijah r.anha.

sumber: google. selawat lu sambil-sambil membaca ye :)
 "Ya Aisyah, jangan engkau tidur selagi engkau belum khatam al-Quran, menjadikan semua Nabi-nabi sebagai pemberi syafaat, menjadikan semua orang mukmin redha akanmu dan menunaikan haji serta umrah." 

Maka, berputar ligatlah otak Sayyidatina Aisyah r.anha memikirkan kata-kata suaminya tadi. Cuba bayangkan kalau kita berada ditempat Sayyidatina Aisyah r.anha, agak-agak kat mana tahap kecengangan kita? 1, 2, 3 atau tersekat di skala 6? ^^ Macamana dalam masa satu malam Sayyidatina Aisyah r.anha nak buat keempat-empat benda tu? Ini bukan setakat jangan tidur lagi, jangan tidur terus ni. Lepas Rasulullah bersabda begitu, baginda terus tunaikan solat malam.

Then, Rasulullah s.a.w pun selesailah solat. Baginda pun merapati isterinya di pembaringan. Kemudian Baginda bersabda lagi,

"Ya Aisyah, jangan engkau tidur selagi engkau belum khatamkan al-Quran dengan cara membaca surah al-Ikhlas 3x, kemudian berselawatlah ke atasku dan nabi-nabi sebelumku agar mereka menjadi syafaat kepadamu di hari akhirat, kemudian beristighfarlah atas semua kaum muslimin agar mereka redha ke atasmu dan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlillah sebanyak 33x yang mampu menyamai urusan haji dan umrah." 



 Yuk, sama-sama kita amalkan lepas ni ^^ mudah-mudahan tidur kita pun menjadi ibadah. Barulah hidup kita tak sia-sia ^^V

Wallahua'lam.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
Wassalam ^______________^


You Might Also Like

0 bicara sahabat