Kelahiran
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.
14 Disember 1951
14 Disember yang lepas genaplah 64 tahun usia bintang hatiku, Puan Hajah Fatimah binti Ismail ^_^ Alhamdulillah setakat ini Allah masih pinjamkan kesihatan buat umi. Dan semoga sentiasa Allah pinjamkan kesihatan itu untuk umi. Agar dapat usia senjanya dihiasi dengan ibadah kepada Allah. Bila orang tanya apa rahsia sihat umi, mesti umi jawab tiada apa-apa, hanyalah amalan Al-Quran ^_^
Dulu, umi hidup susah. Kematian ayah semasa kecil. Umi sendiri langsung tak ingat bagaimana rupa arwah tok ki. Orang dulu, kalau anak yatim + tidak berharta pasti orang tak suka. Arwah mak umi tak izinkan umi ke sekolah. Katanya anak perempuan duduk di dapur sahaja. Kata tok lagi, mereka tak ada duit tambah pula umi gadis, nanti mesti budak-budak nakal akan ganggu dalam perjalanan ke sekolah sebab dulu kan semak samun kiri dan kanan jalan. Akhirnya umi tak bersekolah. Umi tak tahu membaca dan menulis. Cuma arwah adik lelaki umi sahaja boleh ke sekolah.
Satu hari, umi dengar orang kata ada yang datang ajar mengaji di surau hujung kampung. Umi curi-curi keluar rumah nak ke surau tengok orang mengaji. Pertama kali dengar suara Hajah Rogayah Sulong, umi dah jatuh hati nak belajar mengaji. Umi nekad, umi mesti belajar mengaji. Setiap Jumaat, Hajah Rogayah (saya panggil beliau, Tok Su) akan datang ajar mengaji di surau tu. Setiap Jumaat jugalah umi akan curi-curi keluar. Tapi waktu itu umi dengar dari luar surau saja. Sebab umi takut, umi kan tak pandai membaca.
Arwah sahabat baik umi, Mok Cik Zah, ajak umi belajar mengaji rumah Tok Su. Tapi kena berjalan jauh dan bermalam sebab waktu itu tak ada kenderaan lagi nak ulang-alik. Dari Kampung Pagar Ubi di Wakaf Mensira ke Banggol Tuan Muda. Jauh, masyaAllah. Tetapi sebab terlalu minat sangat nak belajar, umi beranikan diri minta izin dengan tok. Mula-mula tok tak bagi, sebab umi anak perempuan, banyak kena tolong tok nak sediakan ketupat ubi untuk dijual. Tapi umi degil tetap nak pergi. Sekarang umi selalu kata, kalau dulu umi tak keras kepala nak pergi belajar, pasti sekarang umi tak ada ilmu.
Seminggu di kampung tolong tok, seminggu di rumah Tok Su belajar mengaji. Jadi rutin umi dan Mok Cik Zah. Subhanallah hebatnya orang dulu usaha nak dapatkan ilmu. Dari tak kenal apa-apa huruf sehingga lah umi dah boleh mengaji siap boleh bertarannum lagi. Bila Mok Cik Zah dah berkahwin, umi bermalam lebih lama si rumah Tok Su. Waktu itu Tok Su bawa umi ke mana-mana saja beliau mengajar dan bertanding. Umi dah jadi anak emas Tok Su. Sampailah umi berkahwin dengan arwah abah :) Mereka datang jadi peneroka di Felda Jerangau.
Dipendekkan cerita, umi pun mulalah mengajar Al-Quran dengan Yayasan Islam Terengganu. Sehinggalah sekarang ^_^ Sekarang umi dah boleh membaca dah atas usaha umi sendiri belajar perlahan-lahan. Umi selalu kata, kalau ada sekolah orang dewasa macam dalam cerita Pendekar Bujang Lapok, umi nak masuk. Umi sedih bila anak-anak, cucu-cucu malas ke sekolah. Sebab dulu, umi tak dapat rasa sekolah tu macamana.
Saya tak malu untuk bagitahu umi tak pandai membaca, menulis. Tetapi umi subhanallah Allah bagi kelebihan boleh mengaji dan mengajar Al-Quran. Sedih remaja sekarang belajar tinggi-tinggi, pandai serba serbi tetapi Al-Quran tak berada dalam hati.
Ulang tahun kelahiran umi tahun ini, umi terpaksa jaga anak bongsunya ini demam ^_^ Kasihan umi. Ibu kan. Hatta anak dah jadi isteri orang sekalipun, tetap dia yang paling risau, yang paling tak tidur malam jaga kita. Allahu. Kasihani dan rahmati umi, Ya Allah.
We love you, Umi! |
19 Disember 1991
Alhamdulillah 19 Disember yang lalu genaplah umur saya 24 tahun. Alhamdulillah thumma alhamdulillah. Allah dah pinjamkan umur tapi Allah uji sikit dengan masalah kesihatan :) Terima kasih untuk umi yang setia berada disisi. Terima kasih untuk Inchi Zauj yang sanggup request leave untuk balik meraikan hari lahir saya dan umi. Love you more Abg! ^_^v
Umi.
Saya sedih bila Allah uji saya dengan sakit. Sakit satu hal. Tapi tak apalah, alhamdulillah. Salah satu cara Allah nak bersihkan dosa-dosa saya insyaAllah. Tengok umi risau pun satu hal. Malam-malam umi tak tidur. Ikhtiar macam-macam untuk hilangkan sakit perut dan demam saya. Betullah kata orang, sekalipun kita sendiri dah jadi ibu, ibu kita tetap anggap kita anaknya. Masakkan untuk kita, jaga kita, manjakan kita. Terima kasih umi.
Suami.
Terima kasih Abg sebab sudi request leave on my birthday. Tapi kasihan Abg, balik nak celebrate birthday, sekali birthday girl demam. Hee. Terima kasih jugak untuk kejutan. He know I love suprise ^_^ Terima kasih juga untuk doa-doanya. Semoga Allah berkehendak memperkenankan doa-doa Abg.
Meningkatnya umur bererti makin mendekat dengan kepulangan ke kampung halaman. Makin bertambah tanggungjawab. Peningkatan umur suatu refleksi untuk kita sebanyak mana amalan dan kebaikan kita. Refleksi bekalan yang sudah kita sediakan di umur lalu. Semoga amalan di umur lalu, diterima. Dan semoga umur baru dimudahkan kita untuk terus beramal. Aamiin3.
Wish Inchi Zauj |
12 Rabiul Awwal Tahun Gajah
Tarikh inilah yang paling agung dan paling menggembirakan. Ulang tahun kelahiran kekasih kita, Rasulullah s.a.w. Sekalipun ada pandangan-pandangan yang mengatakan bid'ah meraikan ulang tahun kelahiran Baginda, namun tak salah kita meraikannya sebagai tanda kecintaan kita terhadap Baginda.
Rasulullah s.a.w tersangat-sangat cinta akan kita semua. Baginda tersangat-sangat rindukan kita. Disebut-sebut nama kita hingga ke akhir hayat Baginda. Sedangkan Rasulullah belum pernah berjumpa kita. Raikan maulud Baginda sebagai tanda balasan cinta kepada Baginda. Sedangkan Baginda mampu menyebut kita yang berjuta-juta, kenapa kita tak mampu menyebut nama Baginda seorang? Sedangkan susuk tubuh Baginda, kisah hidup Baginda telah mahsyur, takkan kita masih tak mampu mengenali Baginda.
Cinta itu boleh diekspresikan dengan pelbagai cara. Meraikan maulud salah satu cara. Gunakan tarikh ini sebagai peluang untuk kita lebih mengenali pembawa rahmat ke seluruh alam ini. Sampaikan selawat dan salam buat Baginda sebanyak-banyaknya. Bukan sahaja pada hari ini, tetapi bermula hari ini.
Dekatkan anak-anak kita dengan superhero agung ini lebih dari superhero dendangan manusia sekarang. Ekspresikan cinta kepada Baginda dengan mengamalkan sunnah Baginda. Biasakan anak-anak kita dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Sedih bila lihat ada anak-anak yang hairan bila kita tunjukkan amalan sunnah pada mereka. Kaitkan dengan bukti dan kajian saintifik. Jangan biarkan anak-anak kita berasa asing dengan sunnah kerana sudah sering dibudayakan dengan amalan lain. Biasakan yang betul. Betulkan yang biasa.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad.
Wa ala aali sayyidina Muhammad.
Kama sollaita ala sayyidina Ibrahim.
Wa ala aali sayyidina Ibrahim.
Wa baarik ala sayyidina Muhammad.
Wa ala aali sayyidina Muhammad.
Kama baarakta ala sayyidina Ibrahim.
Wa ala aali sayyidina Ibrahim.
source http://riyadhulmuslimin.tumblr.com |
Jaga mata. Jaga hati. Jaga iman.
Wallahua'lam.
3 bicara sahabat
selamat hari lahir Saidah.. hihi. baru prasan blog bertukar wajah. rase nk berblog mula gok etek. haha
ReplyDeletetq Shikin..ayuhlah berblog!!
DeleteHello, we are team Cerita Senja, want to share new article from Cerita Senja blog # Travel, beauty and lifestyle
ReplyDelete- Jakarta Humanity Festival 2019
- Review Emina Pore Ranger
- How to convert JPG to Ms.Word
Love, Farhati Mardhiyah