Latest Posts

Takut Mati vs Ingat Mati

By 7:57 AM , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Alhamdulillah thumma alhamdulillah ^____________^

Innalillahi wa innailaihi raajiun.. Recently banyak sangat terima berita kematian kenalan-kenalan jauh dan dekat. Allahu.. Mungkin ini cara Allah nak menjentik hati dan iman saya dan juga anda yang masih alpa dengan nikmat keduniaan. Allahu.. Jadi apa reaksi kita selepas mendapat berita kematian-kematian ini? Terus leka dan alpa atau tersentap?


Takut mati vs. ingat mati. Sekali tengok macam serupa. Tapi bila dua kali tengok sebenarnya tak sama ^^ 
Takut Mati

Takut mati ialah kita takut bila mendengar kematian dan takut untuk menghadapi kematian. Sedangkan kematian itu pasti, kan? Jika kita takut akan mati, maka matilah kita. Kerana kita akan mundur, kita akan lemah. Ummah akan mundur bila takutkan mati. Yang perlu kita takutkan ialah Allah! Bukan mati! Jom hayati dialog antara Peah dan Senah berkenaan takut mati.

Peah: Nah, jom pergi tuisyen, kita kan nak exam tahun ni
Senah: Tak nak lah. Aku takutlah Peah.
Peah: Kau nak takut apa? Hantu toyol tengah jalan masa pergi tuisyen?
Senah: Bukanlah, aku takut kalau aku keluar rumah, kalau aku kena langgar kereta then  aku mati. Macamana?
Peah: Habis tu kau nak duduk di rumah saja?
Senah: Ye lah. Aku tak nak belajar tinggi-tinggi, nanti aku mati, tak guna pun ijazah aku tu semua.
Peah: Kau ni dah kenapa? Mati tu kan pasti.

Ingat Mati

Ingat mati pula ialah bila kita teringat akan janji Allah yang mati itu pasti. Maka kita akan berbuat amal sebanyak mungkin. Dan bila kita ingat mati, kita akan lebih positive dan bersemangat sebenarnya. Sebab apa? Sebab bila kita ingat yang kita akan mati, kita akan buat sehabis baik semua amalan dan kerja kita. Kita akan sentiasa ingat yang kehidupan ini hanya sementara. Dan kehidupan ini juga ialah tempat untuk kita menanam sebanyak mungkin bekalan untuk menyelamatkan kita di kubur dan akhirat kelak.


Peah: Nah, jom pergi tuisyen, kita kan nak exam tahun ni.
Senah: A'ah. Jom lah Peah.
Peah: Tapi kita kena ingat satu perkara.
Senah: Apa dia Peah? Berhati-hati di jalan raya ke?
Peah: Bukanlah. Kita kena ingat untuk niat yang kita pergi tuisyen ni bukan kerana nak exam. Tapi kerana Allah.
Senah: Ye lah, Peah. Nanti bila kita mati, perbuatan kita pergi tuisyen ni boleh tolong kita sebab kita niat sebagai ibadah.
Peah: A'ah. Betul3.

Nampak tak perbezaannya? Takut mati maka kita akan mati. Ingat mati maka kita akan beringat ^^

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wallahua'lam.






You Might Also Like

3 bicara sahabat

  1. Assalamualikum.Peringatan perbandingan yang sangat berguna...Sangat berharap anda besarkan sdkit saiz tulisan anda supaya lebih mudah untuk dibaca...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , saya ada msalah skit , saya mmng takut mati (jujur) , sampai nk solat pun saya takut , sbb saya ni mcm ad angin dlm bdan , so , mcm rasa takut tu sentiasa buat saya tak selesa , saya perlukan orang untuk pimpin perasaan saya , saya tak tahu nak buat macam mana .

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum~
    Terima kasih kerana menulis artikel ini..
    Kadang2 saya keliru kalau2 saya ni takut mati atau saya hanya teringat akan kematian. Sejujurnya, hati saya tak tenang bila fikir tentang hal ni. Dan saya telah mengambil pelbagai langkah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
    Tapi, hati saya tetap tak tenteram sampai saya menjadi murung. Dan ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada saya :(
    Jikalau saudari membaca komen saya ni, saya amat berharap agar saudari dapat memberikan cadangan atau tips2 bagi menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini :(

    ReplyDelete