Latest Posts

hidupkan sunnah bercelak...

By 3:42 AM

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pemilik mutlak sekalian alam kerana hingga ke saat ini hambaNya yang dhaif lagi hina dina ini masih mampu menghirup udara segar di bumi UniSZA dalam dakapan mawaddah wa rahmahNya.

InsyaAllah kali ni mahu berbicara sedikit tentang sunnah Rasulullah s.a.w yang sering kali dipandang sepi. di hari akhirat kelak, seseorang hamba itu boleh memasuki syurga yang kekal abadi bukan kerana timbangan pahalanya semata-mata tetapi kerana ihsan Allah dan syafaat Rasulullah s.a.w. macamane kite nak dapat syafaat Rasulullah kalau sunnah jarang sekali kita amalkan.

Ibnu Majah meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;

"Hendaklah kamu memakai celak mata, kerana dapat menerangkan (menyihatkan) mata dan menyuburkan bulu mata” 
berdasarkan perkataan KAMU, adalah sunat keatas muslimin mahupun muslimat. bagi muslimat, ia adalah sunat jika dipakai secara bersederhana pada bulu mata dan kening. namun trend sekarang, berwarna-warni, berkelip-kelip, tu semua adalah dilarang kerana tabarruj.

setiap anjuran Rasulullah pastinya ada kebaikan dan manfaatnya. berdasarkan hadis diatas, jelas kelebihannya ialah meyihatkan mata dan menyuburkan bulu mata. antara lainnya hikmah bercelak;

  • menyihatkan mata
  • menguat dan membersihkan pandangan
  • menghilangkan penyakit mata
  • mencantikkan mata atau menyinarkan cahaya mata
cara bercelak Rasulullah s.a.w ialah dengan menyapu tiga kali pada mata baginda. dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya;
 “Rasulullah SAW mempunyai bekas celak mata khas. Apabila mencelak matanya, Baginda SAW menyapu sebanyak tiga kali”
ada juga pendapat yang menyatakan, Rasulullah memakai celak pada setiap malam sebelum tidur. mata adalah Allah untuk kita melihat dan merenung keagungan dan kekuasaanNya, seterusnya berfikir. jadi jagalah mata kita dari melihat benda-banda yang tidak halal bagi kita dan hiasilah ia dengan air mata taubat kepada Pencipta.

Wallahualam. jaga diri, jaga hati, jaga iman.



You Might Also Like

1 bicara sahabat

  1. typing error....

    mata adalah anugerah Allah untuk kita melihat dan merenung keagungan dan kekuasaanNya, seterusnya berfikir.

    perkataan anugerah sepatutnya berada sebelum kalimah ALLAH

    ReplyDelete