Latest Posts

Salam Imtihan

By 9:48 AM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala pujian bagiNya yang sememangnya layak dipuji atas segala kesempurnaanNya, kekuasaanNya dan kekuatanNya. Alhamdulillah kerana hingga ke saat ini, masih diberi peluang insan kerdil ini mencoretkan sedikit bicara untuk renungan bersama. Semoga kita sentiasa didalam redha dan rahmatNya. Amin ya Rabbal alamin...



Salam imtihan pembuka bicara buat semua sahabat-sahabat yang telah, sedang dan akan menghadapi peperiksaan akhir semester. Buat yang telah mengakhiri final, pesanku, jangan terus henti menagih simpati kepada Allah, agar dilembutkan hati dan dimudahkan urusan pensyarah-pensyarah yang memberi markah. Buat yang sedang, pesanku, selagi belum berakhir final, maka kau masih perlu berusaha. Jangan cepat bertawakal tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Buat yang akan, usahamu perlu lebih dari doamu. Kerana Allah tak melihat kepada hasil tetapi Allah melihat kepada usahamu..

Sedikit perkongsian tentang doa-doa sepanjang peperiksaan disini. Sepanjang exam, jangan lupe jaga hubungan terutama hubungan kita dengan Allah. Kerana Dia Maha Berkuasa. Jangan bersangka buruk dengan Allah, kerana
Aku tergantung sangkaan hambaKu, maka hendaklah ia menyangka kepadaKu sekehendaknya. (Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad) 
Jangan lupa menjaga hubungan kita sesama manusia juga. Terutama hubungan dengan umi dan abah, hubungan dengan kawan-kawan. Jaga fizikal dan mental. Jangan stress sangat, banyakkan juga beriadah. Supaya otak segar selalu. Jaga makanan. Nak jimat masa ke kafe punya pasal, kite sanggup makan megi je. Sepatutnya menjelang exam, banyakkan makanan berkhasiat supaya kita dapat tenaga. Kita kan nak berperang walaupun hanya dengan pen dan kertas tetapi kita memerah otak.

Setiap yang kita lalui seharian, kalau dapat kita bandingkan dengan perkara yang boleh tingkatkan keimanan kita, pasti kita sentiasa menjadi orang yang beruntung. Final didunia ni, ibarat malam pertama kita di alam kubur. Peperiksaan akhir kita yang diuji secara lisan oleh malaikat munkar dan nakir. Tapi kalu fikirkan balik, kita beruntung sebab soalan final ini dah pun bocor. Dah terang lagi bersuluh dalam bacaan talqin. Cume terpulang pada kita nak study ke tak jawapan untuk soalan-soalan ni. Lau final kat dunia, kadang-kadang lecturer bagi hint ciput je. Ada sesetengah lecturer langsung tak bagi. Cume untung final dunia, kita tau tarikh tapi final Barzakh, kita xtau bila tarikhnya. Sebab itulah kita dianjurkan agar sentiasa bersedia.

Ujian dalam kehidupn kita pulak boleh diibaratkan sebagai quiz dan test yang datang tanpa diundang. Masuk kelas, lecturer tetiba announce ada quiz. Bagi yang tak bersedia, gelabah bukan main. Tapi untung bagi yang sentiasa bersedia, dah sedia dengan kelapangan hati dan kesabaran dalam menghadapi ujian. Markah-makrah ni sume carry mark kite same as pahala-pahala atas kesabaran dan keredhaan kita sebagai carry mark kepada solat kita yang memang dah wajib dan perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak.

Kalu kat kampus kita ada graduation day, kampus kehidupan kita pun ada graduation day. Grand lagi. Itulah Yaumul Qiamah. Time tu, Allah adalah canselor kampus makhlukNya. Kita sebagai ummat Muhammad s.a.w berada dalam satu fakulti dan Baginda sebagai dekan. Masa ni, Deen List pun ada. Itulah syafaat Nabi Muhammad s.a.w. buat ummat Baginda yang terpilih.

Para Anbiya' pemilik PhD (paling tinggi dalam sistem pendidikan kita sekarang). Para Sahabat dan tabi' tabi'in pula mungkin pemilik Master. Para Ulama' mungkin Degree holder. Agak-agak kite layak ke pegang diploma akhirat? Kalau ada sijil matrikulasi pun belum tentu kita dapat pegang sijil ni. Sebab masa ni, pencapaian kita bukan berdasarkan berapa A kite dapat masa SPM, bukan berdasarkan berapa pointer kita score tiap kali exam, tetapi berdasarkan tahap keimanan kita terhadap Allah subhanahu wataala. Manusia imannya berkurang dan bertambah, terus di tingkatan mana kita? renungkan.

Selepas hari graduasi kita bakal menjejakkan kaki ke alam pekerjaan jika didunia. Di akhirat juge ada. Dua jabatan yang tersedia iaitu Jabatan Syurga dan Jabatan Neraka. Namun atas dasar apa kelayakan kita ke dua jabatan ini, hanya Allah yang tahu.

Selagi belum tiba tarikh final Barzakh, kita masih sempat membuat sebanyak mungkin pelaburan untuk akhirat. Jangan ditinggal dua buku teks wajib kita itulah Al-Quran dan Al-Hadith. Sentiasalah sediakan hati dengan latihan-latihan kesabaran dan keredhaan agar ujian dari Allah dapat kita hadapi dengan tenang untuk meningkatkan marhalah insan. Hadirilah hari graduasi Yaumul Qiamah dengan pakaian ketaqwaan dan aksesori tawaddu' agar kita tak ketinggalan mendapat perhatian Tuhan. Mohonlah agar pengakhiran kita dapat berkhidmat di Jabatan Syurga setelah melalui segala kesusahan di dunia yang penuh dengan godaan.


Peringatan buat diri sendiri yang sentiasa alpa dan sahabat-sahabat yang tercinta. InsyaAllah, jaga diri,jaga hati, jaga iman....


You Might Also Like

1 bicara sahabat