Latest Posts

Al-Quran...

By 6:22 PM

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. Segala pujian bagi Allah, pemilik sekalian alam yang sememangnya layak dipuji dengan segala macam pujian di atas segala kekuasaan, kekuatan dan keesaanNya. Alhamdulillah kerana hingga ke saat dan detik ini, masih diberi ruang dan peluang kepada kita untuk mengecap sejuta kenikmatan yang dianugerahkan kepada kita samada secara langsung atau tidak. Diberi kenikmatan kepada kita seterusnya terpulang keatas kita bagaimana mensyukurinya atau mungkin kita kufur dengannya, wanauzubillah.

Dalam kesibukan mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi final yang bakal menjelang seminggu lagi, saya sempat meluangkan masa menemani ummi tercinta menghadiri majlis khatam Quran anak murid beliau. Bertempat di sebuah surau di Bandar al-Muktafi Billah Shah dalam serba sederhana namun penuh dengan mawaddah wa rahmat, insyaAllah telah dihadiri oleh ramai anak didik ummi. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, ummi adalah tenaga pengajar Kelas Quran Dewasa Muslimat dibawah kelolaan Yayasan Islam Negeri Terengganu. Saya diberi taklifan untuk membacakan doa kerana Ustaz yang sepatutnya menjadi pembaca doa tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Saya kongsikan petikan doa yang penuh makna ini.

Ya Allah jadikan al-quran kepada kami semasa hidup didunia ini sebagai rakan, dan didalam kubur sebagai kawan bermanja-manjaan, pada hari Qiamat sebagai pembantu, semasa di titian Siratul Mustaqim sebagai penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai taulan, semasa ke neraka sebagai penghadang dan pendinding, semasa menuju kepada kebaikan jadikanlah al-Quran itu kepada kami sebagai panduan dan ikutan.
Untuk memendekkan cerita, saya sertakan beberapa gambar sepanjang program tersebut.
sebelum bermula
Dimulakan dengan bacaan surah ad-Duha
Bunga telur adat yang tak dilupakan
Terima Kasih Ustazah!
Macam pengantin baru la pulak..=)
Mak cik- mak cik yang diraikan bersama ummi
Makan time!!!
Seusai semuanya, saya mula meneliti beberapa perkara antaranya:

  1. Berkat al-Quran. Setiap kali berbicara tentang kisah silam ummi, ummi cukup sedih kerana halangan demi halangan ummi hadapi untuk menuntut ilmu. Ummi hanya sempat merasa berada dibangku sekolah selama dua minggu. Pada usia remaja, ummi sembunyi-sembunyi ke rumah guru untuk belajar al-Quran. Dan alhamdulillah, walaupun tanpa pencapaian cemerlang dalam akademik, kini ummi diberi kepercayaan untuk menjadi guru al-Quran dengan berkat al-Quran.
  2. Saya tersangat bangga dengan mak cik-mak cik, kerana walaupun dalam usia sebegini dan tahap kesihatan yang kadang-kadang tidak menentu, mereka masih berusaha mencari ilmu. Dan lebih membanggakan mereka mencari ilmu al-Quran yang sekarang dipandang enteng oleh masyarakat kita.
  3. Saya cukup terharu dengan cara mereka menghormati guru. Walaupun sebaya, dan terkadang ada yang lebih berusia dari ummi, tetapi mereka tetap menghormati ummi. Kalau kita lihat di IPT sekarang, ramai pelajar yang sanggup ponteng kelas dengan alasan boleh belajar sendiri namun sedarkah mereka, komitmen terhadap kelas adalah salah satu cara kita mempamerkan rasa hormat pada guru?
  4. Sanggup membelanjakan sebahagian wang untuk guru sebagai tanda terima kasih. Kalau tiba hari raya, kadang-kadang ummi tak perlu beli baju baru sebab mak cik- mak cik dah bagi. Kadag-kadang ummi tak terpakai sampai bagi kat saya dan kakak sebab terlalu banyak. Tapi kita, bagaimana kita lahirkan terima kasih buat guru?
  5. kalau dihadapan anda hadir seorang mak cik yang hanya pemegang kelulusan sekolah rendah tetapi tahu membaca al-Quran dan seorang gadis pemegang PhD tetapi membaca al-Fatihah pun masih payah, mana pilihan anda?
Setinggi mana pun menara gading yang kita daki, percayalah sahabat-sahabat, tanpa al-Quran sia-sia ilmu dan kehidupan kita. Tanamkan rasa sayang pada al-Quran dalam diri sendiri seterusnya diri adik-adik, anak-anak, ahli keluarga, teman-teman supaya al-Quran menjadi pedoman dalam hidup. Baca dan kajilah al-Quran, pasti anda temui 1001 keajaiban, peringatan, dan penawar seluruh aspek kehidupan. Dimana bumi dipijak, disitu al-Quran dijunjung!! Takbir!!


Jaga diri, jaga hati, jaga iman.Wassalam.


You Might Also Like

0 bicara sahabat