Latest Posts

Kasih Tuhan

By 5:41 AM ,


Dia sentiasa mendengar saatku merintih,
walau aku tak bisa melihat telingaNya.
Dia sentiasa melihat saatku berbuat,
walau aku tak bisa melihat mataNya.
Dia sentiasa menyahut saatku memanggil,
walau aku tak bisa melihat lidahNya.
Dia sentiasa menghulur saatku terjatuh,
walau aku tak bisa melihat tanganNya.
Dia sentiasa hampir saatku melangkah,
walau aku tak bisa melihat kakiNya.
Dia sentiasa wujud saatku sendiri,
walau aku tak bisa melihat jasadNya.
Dia sentiasa ada saatku sedih, pedih.
Dia sentiasa ada saatku riang, girang.
Dialah Tuhanku,
rabbul izzati.


You Might Also Like

0 bicara sahabat