Tuhanku bersumpah Demi Masa!
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini Man si bisu beraksi lagi,
dia membuka pintu masjid bahagian muslimin dengan kasar.
Kenapa?
Persoalan berlegar dibenakku.
Kerana baru sahaja tadi dia tersenyum kambing saat diguraui mak cik yang menghalakan air paip ke arahnya ketika membersihkan tempat mengambil wudhu'.
Dia memandangku lalu menjungkit kedua bahunya.
Oh, aku tahu!
Pasti dia mengeluh akan jam dinding yang telah mati tapi masih belum diganti bateri sel keringnya.
Kini mata Man beralih ke jam tangan yang memeluk erat pergelangan tangannya.
Demi masa.
si bisu Man juga tahu apa ertinya masa,
masakan kita yang tak punya cacat cela masih sering menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia?
Malulah kita menjadi yang sempurna di mata Man andai kalah pada dia yang tak punya suara.

0 bicara sahabat