Latest Posts

Sahaja Aku Mencintaimu

By 7:52 PM , , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Kembali Mencoret

Hampir setahun blog Bicaraku sepi tanpa entry terbaru. Rasa rugi + sedih sebab tak mampu gunakan medium sedia ada ini sebaik mungkin. InsyaAllah azam tahun baru, 1437 Hijrah, insyaAllah biiznillah akan diusahakan paling kurang satu entry sebulan akan dipublish untuk bacaan semua. InsyaAllah akan diusahakan untuk menyampaikan walaupun sibuk dengan tugasan sebagai seorang penuntut ilmu. Entry kali ini saya nak memperkenalkan kawan baru saya :) Dan dia jugalah yang telah mendorong saya kembali ber'blog' sebab nak baca katanya.


Saat Lafaz Sakinah

Hidup berpasangan itu antara tanda kekuasaan Allah

Pagi 17.09.2015, dengan sekali lafaz, saya sah menjadi yang halal buatnya, alhamdulillah ala kulli hal :) Saat lafaz sakinah itu, ada satu perasaan yang hadir dalam hati yang sukar untuk digambarkan.

Syukur. Terharu. Gembira. Bahagia.

Saat tangan ini berada dalam genggaman tangannya, air mata mula mengalir. Hanya Tuhan yang tahu apa yang saya rasa saat itu. Terima kasih Allah atas penyatuan ini. Penyatuan dengan seorang muslimin yang saya hanya kenal dari zahirnya sebaris nama, Tuan Nashrul Hadi bin Tuan Mahadi. Selebihnya saya serahkan kepada Allah siapa, apa dan bagaimana dia ini.

Terima kasih Abang kerana sudi menerima diri ini seadanya. Bawalah saya menuju ke syurgaNya. Sungguh Allah itu Maha Baik. Dia akan cenderungkan hati kita terhadap hati yang se'geng' dengan kita :) Dulu saya sedikit ragu-ragu juga, selalu monolog sendiri tentang bakal zauj. Hee. Tegas ke orangnya? Romantik ke tidak? Boleh ke dia terima saya seadanya? Tapi sekarang dah kenal baru cinta dan baru tahu. Dia sangat subhanallah, menepati citarasa saya :) Kami sangat sekepala sebenarnya. Malu pada awal-awal itu normal sebab orang baru kan. Tapi alhamdulillah Allah bagi kami cepat mesra dan selesa :)

Terima kasih Abang kerana tak jemu layan kerenah kanak-kanak ribena ini. Terima kasih sebab sentiasa jadi penguat di saat diri ini lemah, menjadi penasihat di saat diri ini tersalah. Terima kasih sebab layan saya bagaikan seorang puteri. Semoga kita akan terus selamanya begini. Dan semoga saya mampu menjadi isteri cerdik yang solehah yang terbaik buat Abang di dunia dan di akhirat sana :)


Kronologi Cinta

#nhsmlovestory

Urusan jodoh itu bukan pada cepat atau lambat. Tapi pada masa dan orang yang tepat.

Lamaran dia hadir tepat pada saat saya meminta :) Maha Hebat Allah yang mengatur segalanya. Saya terbuat kerja gila sebenarnya sebab telah menerima lamaran tanpa saya tahu siapa yang melamar. Saya serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah.



Jika dia yang melamar ini adalah baik menurutMu untuk diriku, agamaku, keluargaku dan masa depanku, maka Engkau tentukanlah dia untukku, mudahkan dia dan berkatilah aku padanya.


Saya tersangat yakin dan percaya, dia melamar saya bukan kerana saya tapi kerana Allah. Maka kerana Allah juga saya menerima dia. Proses taaruf kami alhamdulillah berjalan selama setahun. Dan alhamdulillah kami bertunang selama 6 bulan. Bertemu kasih tanpa jasad, bicara tanpa suara, hanya tulisan bahasa indah :)

Alhamdulillah Allah mudahkan semuanya. Allah mudahkan juga melalui penerimaan dan sokongan ahli keluarga. Dan akhirnya tarikh pernikahan kami ditetapkan. Inchi Zauj yang cadangkan tarikh sebenarnya. Nikah 17.09.15. Walimah 19.09.15. Saya tanya kenapa pilih dua tarikh tu. Katanya sebab 19th adalah tema kami. Inchi Zauj lahir 19.04.90. Saya lahir 19.12.91. Oh, how sweet he is :)

Sebahagian family sebelah Inchi Zauj

Kami Pasangan Bisu
I believe in it :)


Ada yang pelik dengan cara kami sepanjang proses taaruf dan dalam tempoh pertunangan. Sehingga mereka kata kami ini pasangan bisu. Jumpa tapi tak berkata-kata. Ya, memang kami bisu. Bisu dari perkataan yang belum layak kami ucapkan. Bisu dari gurau senda yang belum perlu kami berikan. Kami belum punya apa-apa ikatan, jadi syariat kami pegang seteguhnya sebagai batas agar tidak dilalaikan.


Dia dulu sering telefon saya tapi bukan bercakap dengan saya, dia bergayut dengan umi :) Sekarang sudah halal, saya akui, kalau boleh sepanjang masa mahu bercakap dengan dia. Habis semua medium komunikasi kami guna untuk berhubung. Tak puas rasanya. Subhanallah sungguh indah percintaan selepas nikah. Bernikah dengan stranger akan sebabkan setiap hari akan ada perkara baru yang saya explore tentang dia :) Dulu stranger, sekadar lover. Alhamdulillah.

Percintaan Jarak Jauh (PJJ)


Jangan jatuh kerana jauh!

Sungguh, hanya yang merasai akan faham peritnya perhubungan sebegini. Terbatas dengan masa dan jarak untuk berjumpa. Tapi insyaAllah batasan itulah yang menjadikan kita lebih kuat dan terlebih rindu sebenarnya. Selepas 33 hari menjalani PJJ, saya telah menyimpulkan beberapa tips untuk diamalkan oleh pasangan PJJ :)


1 Solat - banyakkan solat. Sebab apa? Sebab bila kita banyak solat, secara automatik kita akan banyak berdoa :) Doakan pasangan kita. Doakan kemudahan urusannya, keselamatannya, kesihatannya. Dan doakan juga agar kita terus kuat menahan ujian berjauhan ini :) Serahkan pasangan kita kepada Allah Yang Maha Penjaga, agar dia sentiasa dalam jagaan Dia :)


2 Say - say your love every day and every time. Terpulanglah ingin say melalui medium apa. Call, sms, Whatsapp, Telegram, Skype, Facebook, Instagram dan lain-lain. Saya sejujurnya tak pernah tahu nak Skype macamana dan melalui Inchi Zauj lah saya belajar nk ber'skype' :) Yang penting jangan kurang komunikasi. Biar hanya jasad kita yang jauh, tetapi dekat di hati.


3 Suprise - make a suprise to your spouse. Jumpa dahlah jarang-jarang kan, apa kata sesekali si dia balik, atau kita balik, prepare something suprise untuk dia. Even hanya sekadar sepotong kek pun, pasangan kita akan sangat hargai dah sebenarnya. Dan suprise boleh juga dibuat ketika sedang berhubung. Contoh nyanyikan sebuah lagu untuk pasangan kita semasa call. Ia bukan tentang suara sedap ke tak, ia tentang ceriakan hari pasangan anda. 



4 Selfie - a selfie a day, keeps the love stay :) Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja, ambil lah sekeping gambar manismu dan hantar kepada pasangan anda. Mudah-mudahan jadi asbab untuk dia lebih bersemangat di pagi hari. Penuhkan memory device pasangan anda dengan gambar-gambar comel anda *evil laugh*


Penutup
Bagaimana mengekalkan cinta

Cinta pada pasangan itu hanya sekadar medium untuk kita mencintai Allah. Ia bukanlah matlamat utama kehidupan kita. Jika cinta pada pasangan itu menguatkan cinta kita kepada Allah, maka teguhlah dengan cinta itu kerana insyaAllah itulah cinta yang terbaik. Sebaliknya jika dia yang kita cinta menjauhkan kita daripada Allah, jauhkan diri dari dia kerana Allah yang lebih utama untuk kita dekat.

Dalam kita doakan diri sendiri dan pasangan kita, doakan juga kemudahan urusan jodoh kawan-kawan kita. Setiap insan pasti ingin merasai nikmatnya dicintai dan mencintai. Cintailah Allah dan RasulNya terlebih dahulu, insyaAllah akan Dia dekatkan hatimu dengan hati yang juga mencintai Dia.

Akhir kalam, maaf andai ada yang tersalah kata. Mohon teguran untuk saya hamba yang faqir ini. Semoga entry kali ini bermanfaat buat semua dan jadi saham saya di sisiNya.

Sollu ala nabi!

Jaga mata. Jaga hati. Jaga iman.

Wallahua'lam.


You Might Also Like

2 bicara sahabat

  1. Saya suka baca coretan akk ni,berdebar hatiku rasa...berkomen2 dengan akk pun dah rasa debaran yang entah dari mana...nanti tulis lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukran dik :) moga bermanfaat insyaAllah :) haih lain mcm debaran tu hee

      Delete