Valentine's Day
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya layak untukNya, dulu, kini dan selamanya. Seuntai hamdalah buatNya kerana masih memberi peluang jiwa ini berada di atas bumiNya saat ini, berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat. Secebis tasbih memujiNya yang sentiasa bersih dan suci dari sebarang kelemahan dan keburukan. Segenggam takbir mengagungkanNya yang aku relakan sebagai Tuhanku. Serumpun tahlil buatNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa dirindui, pemula rantai perjuangan agama suci yang kini menjadi amanahku. Sekalung al-Fatihah buat arwah abah tercinta yang sentiasa terbayang di mata.
InsyaAllah, menyahut seruan sahabat saya untuk sama-sama sedarkan ummah yang terleka dalam lena kemaksiatan, hari ini, saya mahu berbicara sedikit. Tentang isu yang telah berabad lamanya sinonim dengan bulan Februari. Itulah Valentine's Day. Saya tak mahu berbicara panjang tentang sejarahnya, hukumnya, puncanya, akibatnya, sebab saya yakin sudah terlalu ramai blogger yang mengambil inisiatif ini. Kadang-kadang blogwalker atau anonymous kurang berminat nak membaca ayat panjang-panjang, ini berdasarkan pengalaman saya sendiri la ^_____^. salah satu cara nak atasi masalah ini ialah dengan kita layan gambar. Gambar pun mampu berbicara kan?
4 bicara sahabat
wow entry menarik nie.....ok la xjdi la nk celebrate valentine....
ReplyDelete@gdiamy1
ReplyDeletealhamdulillah...
Allah gerakkan ati saudara..
salam maulidur rasul.. smbut maulidur rasul lebih baik an :)
ReplyDelete@raihana blossom
ReplyDeletebetul betul betul..
mengasihi kekasih yang dikasihi :)