Latest Posts

Rindukah aku pada dia?

By 10:31 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.



Salam maulidur rasul buat semua rakan-rakan pembaca. Rasanya belum terlambat untuk kita memperingati hari kelahiran Rasulullah yang sepatutnya kita ingati selalu. Tertarik dengan status seorang sahabat saya di Facebook :
Kenapa yang kita selalu sambut adalah hari kelahiran Rasulullah dan bukannya  hari kewafatan Baginda?? Kerana kita nak Rasulullah sentiasa hidup dalam hati-hati kita
Kalau kita cintakan ayah dan ibu, kita boleh ekspresikan dengan memberi apa saja hadiah yang digemari oleh mereka. Kalau kita rindukan mereka setelah lama berjauhan call dan sms boleh menjadi pengubat rindu. Tapi macamana kita nak buktikan kasih dan sayang kita pada Rasulullah dan menyatakan rindu kita pada Baginda?

Mari kita sama-sama amalkan rutin harian Rasulullah sebagai tanda rindunya kita pada kekasih Allah ini. Semoga satu hari kita dipenuhi dengan tujuh amalan rutin Rasulullah. Jom hidupkan sunnah!! 

1. Solat malam (qiamullail)


2. Solat Subuh berjemaah


3. Membaca dan memahami al-Quran


4.Solat Dhuha


5. Sedekah


6. Wudhu'


7. Zikir


Jaga diri, jaga hati, jaga iman..baby tak marah, Allah marah. Wallahualam.
(^_____^)









You Might Also Like

0 bicara sahabat