Latest Posts

Maal Hijrah

By 10:45 AM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagiNya kerana hingga ke saat ini masih diberi peluang diri ini dan sahabat-sahabat sekalian untuk menghirup udara Islam dan iman, dalam dakapan ihsan Ilahi. Terlalu lama meninggal blog ini dek kerana dua minggu bertempur dengan pen dan kertas dalam peperiksaan final semester satu dan seminggu belasungkawa atas pemergian ayahnda tercinta.

Hijrah ertinya perpindahan. Di bawah mungkin beberapa hijrah yang sering diperkatakan disekeliling kita.

atau
atau
atau
atau

Jadi sekarang yang mana pilihan kita? Apapun, bagaimanapun, bilapun, tidak kisah yang penting hijrah itu kerana  Allah.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin Umar ibn al-Khattab r.a beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujui.
Hidayah dan kekuatan tidak akan datang tanpa dicari. Umpama pintu, jika tidak dicari tombolnya mana mungkin dapat dibuka pintunya dalam kelam. Masa dan cara hanya wasilah, yang paling utama adalah niat dan keikhlasan. Setiap kata-kata negatif dari orang lain pedulikan dan jadikan ia suatu enzim untuk kita terus istiqamah dengan perubahan. Jangan pernah mengeluh dalam penghijrahan dek kerana kesulitan namun terus bangkit disaat kejatuhan agar usaha yang menggunung menjadi pandangan Tuhan.

Wallahualam. Sebelum berundur, saya memohon jasa baik sahabat-sahabat blogger sekalian dan pembaca entri kali ni, sedekahkan seuntai al-Fatihah buat abbi tercinta, Abd Manan bin Ahmad yang baru sahaja berhijrah menghadap Ilahi pada 30 zulhijjah yang lalu. Juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.



You Might Also Like

3 bicara sahabat

  1. salam.. sa..
    sorry for the lost..
    sabar byk2 ye?

    btw short n precise entry.. very helpful.. thnx..

    ReplyDelete
  2. to iqapika
    wslm..
    tens byk2
    insyaAllah kte2 smgt dr kwn2 byk kuatkn sye :)

    sme2 kite trus mmacu penulisan dlm mmartabatkn ummah..
    insyaAllah..

    ReplyDelete