Latest Posts

Valentine's Day

By 4:57 PM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya layak untukNya, dulu, kini dan selamanya. Seuntai hamdalah buatNya kerana masih memberi peluang jiwa ini berada di atas bumiNya saat ini, berkongsi sesuatu buat sahabat-sahabat. Secebis tasbih memujiNya yang sentiasa bersih dan suci dari sebarang kelemahan dan keburukan. Segenggam takbir mengagungkanNya yang aku relakan sebagai Tuhanku. Serumpun tahlil buatNya, tiada Tuhan melainkan Dia. Seterusnya selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang sentiasa dirindui, pemula rantai perjuangan agama suci yang kini menjadi amanahku. Sekalung al-Fatihah buat arwah abah tercinta yang sentiasa terbayang di mata.

InsyaAllah, menyahut seruan sahabat saya untuk sama-sama sedarkan ummah yang terleka dalam lena kemaksiatan, hari ini, saya mahu berbicara sedikit. Tentang isu yang telah berabad lamanya sinonim dengan bulan Februari. Itulah Valentine's Day. Saya tak mahu berbicara panjang tentang sejarahnya, hukumnya, puncanya, akibatnya, sebab saya yakin sudah terlalu ramai blogger yang mengambil inisiatif ini. Kadang-kadang blogwalker atau anonymous kurang berminat nak membaca ayat panjang-panjang, ini berdasarkan pengalaman saya sendiri la ^_____^. salah satu cara nak atasi masalah ini ialah dengan kita layan gambar. Gambar pun mampu berbicara kan?


first class editing ^____^
 jangan tengok apa yang saya buat, tapi tengok dan faham apa yang saya cuba nak sampaikan


Kosongkan bangku-bangku maksiat,
ayuh penuhkan taman-taman syurga dunia (majlis ilmu)


Lupakan saja,
ini semua rancangan musuh-musuh Islam,
mereka mahu jatuhkan kita,
sedarlah syabab..


agak ganas disitu,
bukan ganas, tapi tegas..


apa kata anda??
masih mahu menafikan??


jika kita tiru mereka,
apa beza kita dan mereka?

Sekadar yang termampu dari saya buat masa ini. Buat sahabat blogger yang lain, apa usaha anda pula? Jadikan medan ini sebagai tinta kita menyeru orang lain dalam masa yang sama, memperbaiki diri kita juga. Setiap yang kita lakukan akan dicatat oleh para Malaikat, akan dihitung oleh Allah di akhirat kelak. Jangan hanya menggunakan teknologi untuk hiburan dan kepentingan peribadi semata. Biarlah ia untuk ummah. Mungkin usaha kita melalui penulisan ini terlalu sedikit untuk mengubah seluruh ummah, namun lupakah kita pada janji Allah? Yang dilihat bukan pada natijahnya (hasilnya), tapi pada usahanya.

Wallahualam.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.



You Might Also Like

4 bicara sahabat

  1. wow entry menarik nie.....ok la xjdi la nk celebrate valentine....

    ReplyDelete
  2. @gdiamy1
    alhamdulillah...
    Allah gerakkan ati saudara..

    ReplyDelete
  3. salam maulidur rasul.. smbut maulidur rasul lebih baik an :)

    ReplyDelete
  4. @raihana blossom
    betul betul betul..
    mengasihi kekasih yang dikasihi :)

    ReplyDelete