Latest Posts

MAAF

By 10:31 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Jutaan kemaafan buat rakan-rakan blogger kerana blog saya ini sudah terlalu lama menyepi.



Hampir sebulan rasanya. Bukan kerana ketandusan idea, malah terlalu banyak yang ingin dikongsi bersama.


Namun, buat masa sekarang ada perkara yang lebih perlu diutamakan. InsyaAllah minggu depan, saya bakal menduduki peperiksaan akhir semester II. Jadi masa banyak tertumpu pada buku.


Dikesempatan ini, saya mohon doa dari rakan-rakan blogger sekalian. Doakan saya ye!! (^__________^). 


Untuk rakan-rakan blogger yang juga berstatus seperti saya, akan menghadapi final, selamat maju jaya untuk anda (^_________^).


Akhir kalam, kita hanya mampu berusaha. Berjaya atau sebaliknya, semua itu kuasa Yang Maha Esa. Selagi ada masa, berusahalah dan terus berusaha. Diselangi dengan doa dan pengharapan padaNya. Akhirnya, serahkan segala padaNya dengan penuh pasrah dan tawakal. Namun, doamu jangan terhenti disitu, kerana Dia sentiasa mendengar doa hambaNya dan sentiasa merindui suara hambaNya. 

Wallahualam, jaga diri, jaga hati, jaga iman.



You Might Also Like

6 bicara sahabat

  1. good luck 4 ur exam...

    seram sejuk nk exam utk sem nih..

    huhu..

    ReplyDelete
  2. gud luck.. setelah sebelas semester ambe lalui musim final exam insyallah untuk sem ke-12 ini adalah final yang terakhir.. sudah lali. dah xda rasa seram sejuk, rasa seronak je.hehe

    ReplyDelete
  3. pentingkn yg lbh penting...
    semoga berjaya..^_^

    ReplyDelete
  4. @ira-yoshida
    gud luck utk ira jugak...
    u bile final yunk?

    ReplyDelete