Latest Posts

Inilah kita...

By 10:00 AM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Alhamdulillah hari ini diberi kesempatan masa dan kesihatan oleh Allah untuk saya mencoret sesuatu buat renungan bersama setelah hampir sebulan mendiamkan diri. InsyaAllah hari ini saya ingin berkongsi penilaian yang hanya dari kaca mata saya sendiri tentang perkara yang sinonim dengan kita hari ini.


Malu tak bertempat






Benar, malu itu sebahagian dari cabang-cabang iman. Seperti ungkapan junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, "Iman itu ada enam puluh cabangnya, dan malu adalah salah satu cabang iman." 
Namun, malu biarlah bertempat. Misalnya, muslimah perlu ada perasaan malu bila berhadapan lelaki ajnabi, malu untuk membuka aurat di khalayak ramai, malu untuk melakukan larangan Allah. Tetapi janganlah pula kita malu dalam bab menuntut ilmu, sebab hasilnya, diri sendiri yang rugi. Antara dialog hari ini:
Roomate aku dulu budak maahad. Jadi bacaan al-Quran dia baiklah. Kalau dia ada di bilik, aku tak mengaji. Kalau dia keluar aku mengajilah sebab aku malu dengan dia.
Kita tahu diri kita kekurangan, ada kelemahan, jadi gunalah peluang untuk perbaiki diri. Inilah kita, untuk buat amal ibadah, buat suruhan Allah kita malu, tapi kalau disuruh buat maksiat dan mungkar, kita yang terdahulu. Nauzubillah.


Menunggu Bersedia


Adakah dalam dunia ini pembaris untuk mengukur kebersediaan kita? Disuruh buat sesuatu sahaja pasti jawapannya belum bersedia. Sedangkan kalau kita ingin mengukur dan menunggu saat kebersediaan tidak akan tertunggu dan terukur. Kerana untuk memastikan dan mengetahui sejauh mana tahap kita, kita perlu diuji terlebih dahulu. Kita perlu memulakan terlebih dahulu baru kita tahu di mana tahap kita. Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-Ankabut.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
Begitu juga halnya dalam menyampaikan. Ramai yang menarik diri dari jalan dakwah hanya kerana berantaikan alasan kurang bersedia untuk menyampaikan kerana kurangnya ilmu di dada. Sedang kita lupa, ilmu kita jika ingin dibandingkan dengan semua ilmu Allah hanya ibarat setitik air di lautan. Jika semua pendakwah berpegang dengan prinsip yang sama, apa nasib mad'u kita diluar sana? Bukankah dalam menyampaikan itu kita mengajar dan diajar? Sampaikanlah apa yang ada padamu, dan yang terdayamu duhai para daei.

Sekadar itu sahaja coretan untuk kali ini. Coretan ini hanya dari kaca mata saya. Mungkin pada pandangan anda berbeza. Dalam mencari keserasian, ketepikan perbezaan, ayuh cari persamaan. (^_________^)

Wallahualam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.



You Might Also Like

2 bicara sahabat

  1. pesanan yg bagus . tq for sharing . SHM mengharapkan lebih byk ilmu yang boleh kita kongsikan .

    ReplyDelete
  2. @SHM
    insyaAllah mudah-mudahan..
    "sesunggunya manusia itu dalam kerugian. kecuali orang2 yg beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran"al-asr 2,3

    ReplyDelete