Latest Posts

Walimah Sana, Walimah Sini

By 9:30 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.



Lama rasanya jari-jemari ini tak berdansa di atas pentas papan kekunci mencoret sesuatu buat kepuasan diri dan perkongsian bersama. Entry kali ini mungkin hanya ringkas tetapi padat insyaAllah.

Walimah a.k.a majlis perkahwinan adalah suatu pengalaman manis dan indah yang dinanti-nantikan setiap yang bernama insan. Kerana kasih, sayang dan cinta adalah fitrah manusia. Perkahwinan juga merupakan kemuncak cinta kepada Pencipta kita, Allah s.w.t kerana dengan cintaNya kita memperoleh cinta. Gerbang perkahwinan juga bakal menjadi kayu pengukur tahap cinta kita kepadaNya. Kita bakal diuji samada masih ada cinta buatNya atau tidak, makin berkurang atau bertambah setelah Dia memberikan kita cinta.


Sebelum melabuhkan tirai, saya ingin mengucapkan tahniah buat semua pengantin baru yang telah dan akan diijab qabul sepanjang cuti persekolahan ini. Khususnya buat Kak Farah dan pasangannya yang telah selamat diijab qabulkan semalam (5 Jun 2011) dan tak lupa buat Ustaz Tarmizi Ali , juara Akademi Al-Quran musim ke-4 dan pasangannya yang telah melangsungkan walimah pada 4 Jun 2011 yang lalu. Didoakan agar kalian semua berbahagia dalam redha, rahmah dan mawaddah Allah sentiasa.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda,"mudah-mudahan Allah merahmati seorang suami yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan isterinya sama-sama melakukan solat. Sekiranya dia enggan, maka dipercikkan air ke wajahnya. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada tengah malam lalu mengerjakan solat dan membangunkan suaminya, jika dia enggan, maka dipercikkan air ke mukanya." (Hadith Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah)

Jaga diri, Jaga hati, jaga iman. (^______________^)

You Might Also Like

4 bicara sahabat