Latest Posts

Siapa yang Berkata atau Apa yang Dikata??

By 4:21 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.



Alhamdulillah, sekalung syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang dan ruang untuk diri ini mencoret sesuatu dalam keadaan sihat dan selamat. Alhamdulillah.

Credit to lulu-pages.blogspot.com


Tahniah kepada yang berpeluang mencerap gerhana bulan penuh malam tadi. Saya sendiri tak berpeluang tetapi alhamdulillah masih berpeluang untuk menunaikan solat sunat gerhana. Sungguh hebat ciptaan Allah. Setiap peringkat pergerakan bulan itu Allah berjaya menradbirnya dengan baik. Maha Hebat Allah itu!! (^_______________^)

Berbalik kepada tajuk entry kali ini. Sebenarnya ada cerita disebaliknya. Rasanyaperistiwa ini dah berlaku dua minggu yang lalu. Ketika itu saya merancang dengan seorang lagi sahabat saya, Kak Mira untuk ke Pejabat HEPA untuk urusan Kursus Asas Usahawan Siswa (KAKS). Tetapi perancangan Allah lagi hebat, saat kami nak berangkat ke motor Kak Mira hujan rahmat merembes keluar membasahi bumi UniSZA.

Lalu terpaksalah kami menunggu hingga hujan berhenti. Pada masa yang sama ada seorang mak cik cleaner yang juga tumpang berteduh macam kami. Lalu berlakulah dialog dalam bahasa Terengganu antara mak cik tersebut dan Kak Mira. Saya hanya menjadi pendengar yang setia ^^;

Kak Mira : Nak balik doh ke?


Mak Cik : Ho. Nak gi beli sayur pulok.


Mesti mak cik nak beli sayur untuk masak makanan tengah hari anak-anaknya.

Kak Mira : Balik sendiri ke ada orang ambik?

Mak Cik : Balik sendiri. Dengan motor. Payung kat pondok tu tuan ye dok ambik-ambik lagi. Tak boh doh gamoknye.


Pandangan yang dari tadi jatuh tepat ke arah mak cik berganjak ke pondok bersebelahan blok tersebut.

Kak Mira : Tuan die dok ingat kot ye tertinggal situ. Musim-musim ujang ni gok nok pakai payung lah.


Mak Cik : Ye ar. Tengok di orang jabat asrama kekgi suruh buang lah tu. Kite sian takut tuan die mari cari. KIte bayang kalu tu anok kite. Student bukannye ade duit nak beli sokmo.

SubhanaAllah, mulianya hati mak cik. Kami dianggapnya bagai anak sendiri. 

Walaupun mak cik tersebut hanyalah seorang cleaner yang terkadang hina di mata manusia biasa, namun terkadang juga dia mulia di mata Allah kerana hatinya.

Biar hati kita bersih


"Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada tubuh badanmu dan tidak puala kepada rupa parasmu, tetapi Dia memandang kepada hatimu dan amalanmu" (HR Muslim) 

Mungkin pada manusia, pekerja-pekerja di pejabat asrama itu lebih baik hanya kerana pangkat dan penampilan mereka, namun kita terlupa bukan itu yang dinilai oleh Allah.

Moga kita sama-sama beroleh manfaat dari cerita ini. Mungkin ada beberapa penambahan dan pengurangan yang telah saya lakukan pada dialog tersebut agar memenuhi terma dan syarat.^^;


Wallahualam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.


You Might Also Like

1 bicara sahabat