Latest Posts

Tahun BAru::

By 6:45 AM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Alhamdulillah masih diberi peluang oleh Allah untuk kita semua menghirup udara Islam dan iman dalam tahun baru yang bakal menjelma beberapa jam sahaja lagi. Macamana rakan-rakan, sudah ada azam tahun baru? Kalau masih ada azam tahun 2011 yang tak tercapai, azamkanlah agar kita mampu mencapainya pada tahun 2012. (^_________^)

Tahun baru hanya sekadar angka. Angka yang menyedarkan kita tentang umur dan masa yang makin meningkat.Ayuh muhasabah diri sepanjang tahun 2011 sebanyak mana amalan yang telah kita lakukan. Samada baik mahupun buruk. Lupakan amalan baik yang telah kita lakukan, dan pertingkatkannya pada tahun baru. Manakala sentiasa ingat perkara buruk yang telah kita lakukan agar kita sentiasa berhati-hati untuk tak melakukannya pada tahun baru :)



Dua perkara yang harus kita ingat
*kebaikan orang lain pada kita
*keburukan kita pada orang lain


Dua perkara yang harus kita lup
*kebaikan kita pada orang lain
*keburukan orang lain pada kita


Alhamdulillah juga kerana pada kehadiran tahun baru 2012 kali ini, banyak majlis-majlis ilmu telah dianjurkan di ibu-ibu kota. Alhamdulillah suatu perkara positif yang telah berjaya diterapkan dalam diri anak-anak muda. Majlis-majlis sebegini jauh lebih baik dari majlis-majlis maksiat dan lagha yang selalu diadakan dan majoriti dipenuhi oleh remaja. 

(^_______^)

Saya dan rakan-rakan kena sambut tahun baru dengan helaian nota-nota :) Bittaufiq wannajah buat yang bakal menduduki final dan doakan kami semua..




Moga Allah lebih dan sentiasa merahmati dan memberkati Malaysia pada tahun 2012 dan tahun-tahun seterusnya. Amin. 

*Entry ringkas saja, nak study pulok (*_________^)V

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.


 




You Might Also Like

5 bicara sahabat

  1. lebih 70000 yang hadir di dataran Shah Alam, very Islamic. Zizan dan Ustaz Azhar telah menjana program untuk anak2 muda. selamat menduduki peperiksaan

    ReplyDelete
  2. lebih 70000 yang hadir di dataran Shah Alam, very Islamic. Zizan dan Ustaz Azhar telah menjana program untuk anak2 muda. selamat menduduki peperiksaan

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru.. firework notes lah kita mlm ni.. :P

    ReplyDelete
  4. @AL-QASSAM
    alhmdulillah suatu fenomena baru...
    moga Islam terus tersebar dan teguh di hati setiap anak muda Malaysia..
    syukran

    ReplyDelete