Latest Posts

Semudah A, B, C

By 8:57 PM ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.



Hujung minggu yang hening ini berpeluang join Bengkel Blogging anjuran Rakan Muda UniSZA. Dan terlebih menariknya, program ni dihandle oleh teman saya ^^ Cik Cute Ash. Dengan matlamat utama nak improve skills berblog. Tapi rupanya bengkel ini khusus untuk newbie bloggers. Buat menyemak saja Saidah Manan di dalam bengkel ini ^^. Tapi tak apa, ilmu kan berterusan. Bukan bermakna dah ada blog dah tak boleh belajar, tapi masih boleh menambah ilmu-ilmu baru tentang dunia blogging. almaklumlah sekarang kan internet makin berkembang, bagai cendawan tumbuh selepas hujan ^^.




Terimbas kembalilah kenangan lalu masa mula-mula nak buat blog. Memang sejak azali saya suka menulis sehingga kat dinding-dinding rumah pun saya conteng sekali ^^. Niat membuat blog memang ada sejak di matrik lagi, tapi maklumlah pelajar matrik bukanlah manusia biasa yang mampu membuang masa didepan laptop melayari internet ^^. Ketika menjejakkan kaki ke UniSZA semakin membara-bara semangat nak buat blog bila Allah pertemukan dengan seorang teman yang memang kaki blog (bukan kaki dia ada tulis 'blog'). A very big clap and hug to Cik Osem Shira. Thank you my friend for being my sifu (bukan seafood ye ^^).

Apakah yang semudah A, B, C itu? Yang mudah tu maksudnya cara untuk buat blog sebabnya dengan hanya dengan memiliki sebaris email, anda telah mampu memiliki sebuah blog. Dan tersangatlah mustahil jika masa kini orang tak ada email sebab memiliki facebook adalah satu kepastian ^^ dimana nak membuka akaun facebook perlukan email, maka keperluan memiliki email itu menjadi wajib (macam kaedah syarak dah). Selepas sign up sebagai blogger, lagilah semudah A B C untuk kita tulis apa saja pada setiap entry. Ia cuma bergantung pada tahap kerajinan anda sahaja ^^.

Setakat ini dahulu bicara saya. Terima kasih kerana sudi membaca entry percubaan ini ^^.
Wallahua'lam.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman.


You Might Also Like

3 bicara sahabat