Latest Posts

Tulisanmu Akaunmu

By 5:06 AM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Allahurabbi...lama rasanya tak mencoret sesuatu di dada blog kesayangan ini. Maklumlah setiap hari yang dijalani sibuk dengan tugasan sebagai hamba Allah, anak umi dan abah, pelajar, terkadang menjadikan setiap detik berharga sekali. Sehinggakan ingin meluangkan sedikit masa untuk blog juga dirasakan membazir. Tetapi setelah ditimbang, diukur, disukat, rasanya rugi jika medium blogging ini tidak digunakan dengan sebaik mungkin untuk peringatan diri sendiri dan perkongsian dengan rakan-rakan.






Pada 19 April lepas, saya ada meluangkan masa menghadiri program anjuran Persatuan Mahasiswa Dakwah UniSZA yang bertajuk "IT : Peluang Dakwah bagi Tekno Daei". Selaku pelajar yang sememangnya bergelumang dengan laptop, coding, system, saya memang teramat-amat tertarik dengan tajuk program ni tambahan pula penyampainya adalah Timbalan Dekan fakulti saya sendiri, En Suhailan bin Dato' Shafiee. Program ini sangat menarik pada saya kerana ia membincangkan tentang dakwah tetapi dibincangkan oleh orang yang ahli dalam bidang teknologi ^^.


WHAT??


Setiap dari kita perlu tahu apa itu dakwah. Dan jawapannya Allah telah nukilkan dalam surah anNahl, 125. Adab-adab dalam berdakwah juga telah Allah sebutkan.


A125
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.




WHY??


Kita juga perlu tahu kenapa perlunya kita berdakwah


Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda :
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup keaiban seorang muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan melitupi mereka dan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal) mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


Selain itu, kita juga perlu tahu kenapa perlunya berdakwah menggunakan medium teknologi khususnya internet. Pertamanya kerana jika di alam realiti, kita akan tersangat payah untuk ke majlis-majlis agama. Alhamdulillah bagi yang sesetengah yang ada kesedaran dan kelapangan untuk ke majlis ilmu tetapi malangnya golongan ini pula kurang memberi respon. Misalnya bila tiba sesi soal jawab, respon dari pendengar sangat kurang. Itu bagi golongan yang ingin menimba ilmu. Bagi golongan yang ada ilmu dan diharapkan dapat memberi ilmu pula ada kisah mereka tersendiri. Malu dan malas untuk memberi. Jadi solusinya, internet adalah medium terbaik. Yang ingin menimba ilmu hanya perlu ke laman-laman web agama manakala yang berilmu bolehlah berkongsi di laman-laman sosial.


Kedua, apabila ilmu disampaikan di internet, isi yang akan jadi tumpuan utama bukan lagi rupa. Maksudnya, di internet ilmu yang disampaikan oleh seseorang akan kita ambil berat bukan lagi siapa orang itu. Sebagai contoh, individu yang post sesuatu video di YouTube bukanlah seseorang yang kita kenali tetapi dek kerana videonya menarik, beribu-ribu orang akan menekan butang like. 


Ketiga, berdakwah di internet tak perlukan tempat dan masa yang specifik. Dan dakwah kita juga tidak terhad, maksudnya andai kata selepas asar waktu Malaysia kita post sepotong ayat quran di Facebook tentang aurat. Mungkin di saat kita tidur jam 2 pagi waktu Malaysia, ada hamba Allah yang teramat seksi membacanya pada jam 8 pagi di Amerika, dengan kuasa Allah dia dapat hidayah lalu menutup aurat. Tengah tidur pun, kita masih boleh berdakwah ^^.  


WHO??


Selaku penyampai, kita perlulah tahu siapa yang menjadi target penyampaian kita. Secara umumnya di internet, mad'u (target dakwah) kita akan terdiri daripada pengguna-pengguna internet yang faham Bahasa Melayu ; rakyat Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Pengguna-pengguna internet di Facebook, YouTube dan Blogspot juga menjadi target kita. Kerana tiga laman ini adalah antara laman yang paling kerap dikunjungi pengguna internet.


WHERE??


Nak menyampaikan perlu juga tahu dimana nak menyampaikan. Bimbang nanti tersalah tempat. Kita boleh menggunakan inisiatif di Yahoo dan Google misalnya emel pada kenalan di Gmail tentang tazkirah agama.


Buat apa-apa video dan upload di YouTube. Biar pendek asal berisi. Daripada kita rakam miming lagu dengan gaya yang mengarut adalah lebih baik kita buat rakaman setakat 2 ke 3 minit bercakap tentang puasa misalnya. 


Blogging juga salah satu wasilah (cara) nak berdakwah. Sebab tu seharusnya kita sebagai bloggers gunakan sebaik mungkin medium ini untuk menyampaikan kebaikan dan kebenaran.


Salah satu cara yang terbaru (bagi saya lah ^^) upload powerpoint berbentuk pengisian yang kita buat sendiri. Misalnya di slideShare, authorSTREAM. Sebagai contoh presentation saya yang pertama ni. Satu sebab kenapa cara ini sangat baik kerana kita boleh menginterpretasii sesuatu hadis atau ayat quran kepada gambar, lukisan yang tidak hanya berbentuk ayat. Kerana manusia lebih cenderung melihat kepada lukisan berbanding tulisan.


Dan terakhir, medium terbesar abad ini, Facebook. Terlalu banyak cara yang boleh kita gunakan untuk berdakwah. Post status-status yang berbaur ilmu, share gambar-gambar yang bermakna dan banyak lagi. Paling kurang pun kalau tiada idea, share lah status friends yang berguna.


HOW??


Cara dah bagi, dalil pun dah bagi, atas diri kita sendiri lah pula macamana kita gunakan internet lepas ni. Kalau masih untuk tengok perkara-perkara tak baik, beratlah akaun belah kiri kita, tapi kalau rajin share status-status nasihat, insyaAllah beratlah akaun belah kanan kita. Ingat ye, ubah mentaliti kita, berdakwah bukan dengan hanya bagi ayat quran dan dalil. Tetapi bertegur sapa dengan kawan-kawan pun sudah dikira dakwah kerana Islam itu mudah (^______________________^)


credit to http://lidahsufi.blogspot.com/
Wallahualam. buat baik Allah suka, buat jahat baby tak marah tapi Allah marah ^^. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.







You Might Also Like

2 bicara sahabat

  1. Subhanallah, entry yang menarik...InsyaALLAH, akan cuba memanfaatkan teknologi sebagai dakwah...xdinafikan, manusia kini sgt rapat dgn alam siber...so, before pihak yg tak berkenaan menebarkan sayap ideologi mereka, meh kita memonopoli terlebih dahulu...hurm, byk cabaran bila dlm dunia siber ni...semoga ALLAH pelihara niat & cara kita agar tidak lagha...huhu...

    ReplyDelete