Latest Posts

Hum Dil De Chuke Sanam ada Nilai Murni?

By 12:06 AM , , , , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Lama sungguh rasanya jemari ini tak menari di atas papan kekunci laptop kesayangan. Walaupun jemari sepi dari mencoretkan sesuatu namun alhamdulillah akal ini masih diberikan peluang untuk menyuntik idea-idea baru buat santapan ummah. Cuti semester merupakan suatu masa yang sangat menyeronokkan. Namun dalam keseronokan bersama keluarga terkadang terlintas kebimbangan. Bimbang kalau-kalau masa lapang yang dikurniakan tidak digunakan dengan sebaik mungkin.

Rasulullah s.a.w telah bersabda : Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah nikmat sihat dan waktu lapang. (Riwayat Bukhari)

Mungkin agak aneh berbicara tentang filem Hindi kerana kadang-kadang ada yang melabelkannya sebagai sesuatu yang melalaikan. Namun, ia terpulang pada individu itu sendiri, sejauh mana kesan daripada menonton mampu mempengaruhi mindanya, akhlaknya. Yang alim (tahu) jangan menjadi terlalu keras hingga kerjanya hanya menghukum manusia lain. Yang jahil (tak tahu) jangan terlalu lurus hingga menerima semua tanpa usul periksa.



Hujung minggu lalu TV3 telah menayangkan filem Hum Dil De Chuke Sanam yang mengisahkan Nandini (Aishwarya Rai) anak seorang seniman yang telah jatuh cinta pada anak murid ayahnya, Sameer (Salman Khan) yang datang dari Itali. Percintaan mereka berjaya dirahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga. Namun sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sameer telah dihalau oleh ayah Nandini setelah mengetahui hubungan cinta mereka. Nandini yang telah hanyut dalam cinta Sameer berjanji akan ke Itali mencari cinta sejatinya. Seterusnya hadirlah Vanraj (Ajay Devgan) dalam hidup Nandini sebagai suami pilihan ayah dan ibunya. Mengetahui dia mengahwini perempuan yang mencintai lelaki lain, Vanraj sanggup berkorban menemukan Nandini dengan Sameer. Episod kehidupan mereka di Itali ketika dalam proses mencari Sameer telah sedikit sebanyak membuahkan bibit cinta dalam diri Nandini terhadap suaminya. Cerita yang menonjolkan kesucian seni ini diakhiri dengan Nandini kembali kepada Vanraj disaat dia dipertemukan dengan Sameer.

Jika dilihat dalam masyarakat kita juga sering terjadi hal seperti ini. Bercinta atau bercouple dengan si A tapi alih-alih kahwin dengan si B. Mungkin ketentuan sebegini salah satu peringatan dari Allah bahawa betapa kerdilnya diri kita. Allah ingin menunjukkan bahawa betapa kita ingin dan sayangkan sesuatu itu, di masa akan datang ia belum tentu akan menjadi milik kita. Jadi sedikit pesanan penaja buat pasangan sweet couple, tak perlulah bercinta bagai nak rak kerana belum tentu si dia akan menjadi teman hidup anda di masa akan datang. 



Kisah hidup seperti ni juga kadang kala membawa kepada kekecewaan yang teramat. Sudah pasti akal tanpa pertimbangan yang waras di saat kekecewaan mudah dipengaruh syaitan. Disaat pemergian Sameer, Nandini seakan tidak waras, hinggakan dia sanggup melukakan tangannya sendiri. Sering kali kita terbaca di akhbar atau terdengar di televisyen, hamba percintaan melakukan perkara-perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri. Cuba kita renungkan, jika percintaan yang membelakangkan wali ini hanya dijalani dengan biasa-biasa, masakan sanggup seseorang kehilangan nyawa sendiri di saat kehilangan kekasih?


Berkongsi hidup dengan insan yang tak dikenali bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ia pilihan keluarga dan langsung tiada rasa cinta untuknya. Namun itulah indah dan hikmahnya perkahwinan. Disyariatkan perkahwinan itu bukan hanya sekadar untuk nafsu semata-mata. Setiap perbuatan yang dilakukan ikhlas untuk pasangan kerana Allah akan dinilai ibadah.

Kau telah mengajar aku cara bercinta tetapi dia telah menyedarkanku cara mempertahankan cinta. Kata-kata Nandini kepada Sameer.

Filem ini turut menempelak kaum Adam yang hanya berani mengorat tetapi tidak berani mengikut adat. Pemikiran Nandini yang suci sebagai gadis kampung telah dipalit noda oleh Sameer. Namun Sameer langsung tiada inisiatif untuk bersemuka dengan ayah Nandini dan menyatakan hasrat hatinya. Cinta itu fitrah, dan Islam bukanlah agama yang kejam lalu menghalang fitrah. Sikap muslim itu sendiri yang memandang agama itu sulit dan perit.

Sekadar ini dahulu coretan kali ini. Jika ada kupasan dari kaca mata saya yang betul sama-sama kita jadikan iktibar. Jika ada kekurangan mohon ditegur agar saya tidak silap lagi di masa akan datang.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wallahua'lam.




You Might Also Like

6 bicara sahabat

  1. filem ni membawa Aiswarya dpt anugerah kan...frankly..saya x minat sgt lakonan dia..agak "fake" sikit..x nampak natural....hehehe...saya suka lagi lakonan sushmita Sen

    ReplyDelete
  2. setiap perkara klu dilihat dari sudut positive..positive lah dia. klu dilihat dari sudut negative..maka negative lah ia..

    kupasan yang menarik ucu..! ^_^

    ReplyDelete
  3. sy pom tgok gok..tp kejap2 je..hehe.. memg pmint sgguh awok nie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambe wehi g derak..
      tp ptg sbtu n mlm rabu sori la,
      nk nonton hehe

      Delete