Latest Posts

Dakwah itu Cinta

By 6:52 PM , ,

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Dalam kesibukan sebagai mahasiswi, alhamdulillah masih sempat mencuri seminit dua untuk mencoretkan sesuatu buat peringatan dan tatapan bersama. Ini juga salah satu bukti bahawa kesibukan dengan aktiviti harian bukanlah halangan untuk terus berdakwah. Malah melalui kesibukan juga kita mampu menyampaikan. Bayangkan dalam berkejar-kejar ke discussion kita boleh melemparkan senyuman dan melontarkan salam pada setiap orang yang kita jumpa. Simple kan Islam? ^^

Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Sampaikan daripadaku walaupun satu ayat"
Setiap hari Allah kurniakan kesibukan sampaikan terkadang makan pun tak sempat. Pernah satu hari saya hanya berkesempatan menjamah nasi di tengah malam (detik 12 malam ^^ ). Merungut-rungut sakit perut sebab dah masuk angin. Lepas tu tiba-tiba Allah sedarkan dari kealpaan. Allah lintaskan dalam hati, "Saidah, kau baru terlewat makan, bukannya tak boleh makan langsung. Makanan pun Allah dah bagi, cuma Allah uji tak ada masa lapang untuk makan je. Saidah, kenapa merungut? Lupa ke yang Rasulullah pernah ikat perut dengan batu semata-mata nak tahan lapar. Masa tu Perang Khandak, makanan dah habis. Saidah, dah perit sangat ke ujian kau berbanding dengan Rasulullah??" Astaghfirullah cepat-cepat saya kesat air mata dan kembali tersenyum. Rindu pada Rasulullah bertandang.

Jika kita rasa hari ini kita teruji sangat dengan ujian dari Allah, sampaikan kita bersedih selalu, cepat-cepat bangkit dari kesedihan tu. Jangan kerana ujian yang kecil dari Allah, kita terus jadi lemah, lelah. Ingat, ujian itu tanda cinta daripada Allah. Seorang suami nak tahu sejauh mana si isteri menyayanginya pasti akan menguji. Kerana bimbang sayangnya pada isteri tak seperti sayang si isteri padanya.


Jika kita nak mengeluh dalam berdakwah, cepat-cepat ingatkan diri kita tentang sirah Rasulullah. Ya Allah, tersangat-sangatlah jauh bezanya ujian kita dengan Baginda. Kita tegur kawan kita yang tak solat, ada kita kena baling dengan batu? Tak kan? Paling kejam pun dia akan unfriend dengan kita di FB. Rasulullah semasa di Thoif dibaling dengan batu sampaikan kasut Rasulullah dipenuhi darah.

Bersabarlah setiap kali kita berdepan dengan pelbagai kerenah mad'u. Bersyukurlah kerana sekarang kita boleh berdakwah dalam pelbagai kesenangan. Tak perlu berhijrah jauh-jauh tinggalkan harta dan keluarga untuk sampaikan dakwah Islam. Sekadar buka laptop, online, login FB / blogger, taip status / entry ringkas / share gambar-gambar then we done with the dakwah.


Kawan-kawan, jangan malu untuk menegur orang lain ye. Jangan tunggu kita bertudung labuh, bergelar ustazah baru nak menegur. Jika tak kita, siapa lagi? Jika tak sekarang, bila lagi?

Akhir kalam moga Allah terus tetapkan saya dan anda semua di jalan Islam. InsyaAllah. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

p/s: bila nak PRU-13 ni? I'm first time voter. Saya sokong siapa? Undi adalah rahsia (^_______^) V




You Might Also Like

0 bicara sahabat