Latest Posts

BTN ????

By 11:31 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Tu dia...
Alhamdulillah, segala puji bagiNya kerana ke saat ini masih diberi peluang untuk berbicara sesuatu di blog kesayangan ini. Sebenarnya pada hujung minggu lepas, saya ke Kursus Bina Negara Mahasiswa Asas UniSZA di Kem Desa Mahmood, Pasir Mas Kelantan. Kem ni ala-ala Kem Biro TataNegara la.

Mungkin tiada apa yang menarik boleh dikongsi sebab "menarik" tu lebih terasa bagi tuan empunya diri yang melaluinya (^______^). Petang Khamis, selepas test Bahasa Inggeris, terburu-buru balik bilik dan tunaikan solat asar sebab sepatutnya kami bertolak pukul 5. Dipendekkan cerita, hampir pukul 6 saya dan classmate bertolak ke tempat kejadian yang ditetapkan. Sebabnya, kami terpaksa naik van dan bukannya bas, almaklumlah, kami yang berjumlah 80 orang ni terlalu ramai.


Bergoleknya tayar van di sempadan Kelantan, saya tersenyum lebar, akhirnya sampai juga saya di bumi Kelantan buat kali kedua. Disebabkan oleh kami bertolak lambat dari orang lain, maka lambatlah kami sampai. Akibatnya, kami masuk dewan untuk sesi ceramah pertama dengan terkebil-kebil dan terasa seperti makhluk asing di samping dua lagi kos; Diploma Usuluddin  dan Diploma Makmal Perubatan.

Tak mahu bercerita panjang, sepanjang 4 hari di kem ini bermula 24/3 hingga 27/3, kami dihidangkan dengan 2 sesi ceramah dan tujuh LDK yang fokusnya hanya satu, perpaduan. Kebetulan pula kem kami seorang mahasiswi India maka semangat perpaduan itu makin diterapkan. Sepanjang 4 hari ini juga kami memang betul-betul dibasuh dan disental dengan 1 Malaysia dan politik. Wah, menarik bukan?? Bohong kalau saya katakan tak berdesing telinga setiap kali perkara yang bertentangan dengan prinsip saya dibahaskan. Tapi kita perlu besifat terbuka, tak menyokong tak bererti menentang bukan? Jadi, saya berlapang dada menerima hujah "mereka" dan fikirkan yang terbaik untuk "kami".

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Wallahualam (^___________^) V *peace in Islam
Dewan ceramah dan LDK

Di suatu petang di tepi sawah padi
Bilik penginapan

credit to : Shira, astkin dan shikano untuk gambar-gambar ini.





You Might Also Like

5 bicara sahabat

  1. pendek je citer..

    ReplyDelete
  2. @tinta perantauyang lain biarlah hanya menjadi memori..sebenarnya nak cepat time wat ni..insyaAllah ada masa sambung ag..

    ReplyDelete
  3. As salam. kawan sy cakap kami blum lagi hadir BTN ne. sedangkan sy dah last sem degree.

    rasa2 pernah pg dulu time diploma, 2 hari ceramah. ingatkan 2 la BTN nye.

    ReplyDelete
  4. @Hanif
    wslm..oo ye ke?
    mase g ceramah time dip tu, ad isi borang BTN x?

    ReplyDelete