Mengutip Ibrah dari Tsunami Jepun
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.
Sehingga semalam genaplah seminggu negara matahari terbit dilanda musibah Tsunami. Mudah-mudahan ombak Tsunami kesedaran juga datang memukul hati-hati kita di Malaysia. Kesal dengan sikap sesetangah pihak yang hanya memandang ini sebagai satu perkara biasa.
Jepun sudah cukup terkenal dengan kemajuan teknologinya di mata dunia. Jepun sentiasa berada di hadapan dalam bidang teknologi. Disebabkan oleh kemajuan teknologi, sebelum dilanda gegaran berskala 8.9 ritcher, amaran telah diberikan kepada semua penduduk Jepun. Sekurang-kurangnya mereka telah bersedia untuk menghadapinya. Namun, sehebat manapun teknologi mereka, mereka masih tidak mampu mengelakkan Tsunami dari terjadi. Mereka hanya mampu berjaga-jaga namun mereka tidak mampu menghalangnya.
Sebelum bencana tersebut juga, mereka telah menguji loji nuklear mereka dengan ujian gegaran. Namun mereka hanya mampu merancang, sedangkan perancangan dan ketentuan Allah adalah satu rahsia. Gegaran yang sebenar jauh lebih kuat dan hebat dari ujian gegaran yang dilaksanakan.
Mencari Ibrah
Gunakanlah semua anugerah Allah untuk mencari ibrah dari musibah di Jepun. Gunakan mata kita untuk melihat betapa dahsyatnya kemusnahan yang telah dihadapi masyarakat Jepun ekoran Tsunami ini. Gunakan akal kita untuk memikirkan betapa hebatnya kuasa Allah, dalam sekelip mata mampu musnah Jepun hanya kerana rempuhan air.
Cuba kita renungkan dan fikirkan kembali. Rakyat Jepun dari dulu hingga kini memang dikenali dengan satu sifat iaitu "workaholic". Hidup mereka hanya untuk bekerja. Tujuan mereka hanya dunia dan kehidupan. Jiwa mereka kosong tanpa kewujudan iman dan Tuhan. Mungkin musibah ini satu peringatan dari Allah buat mereka. Sesungguhnya kehidupan mereka ada yang mengatur dan ada yang berkuasa. Dialah Allah ta'ala.
Pengajaran ini bukan untuk mereka sahaja tetapi untuk kita juga. Walaupun kita bergelar muslim, terkadang kita juga terleka. Kita terleka dengan hasil dari kemajuan teknologi mereka. Jika kita berkata mereka lalai dalam kesibukan mereka mencipta kehebatan teknologi, lalu kita juga terkadang tersesat dalam kehebatan teknologi yang mereka ciptakan. Akibatnya, kita juga mampu terlalai seakan mereka. Dan tidak menjadi satu perkara yang mustahil jika kita juga akan disedarkan oleh Allah melalui bencana seperti mereka. Nauzubillah minzalik.
Izrail malaikat yang mencabut nyawa setiap makhluk ciptaan Allah. Jika Izrail mahu, dia mampu mencabut nyawa semua yang ingkar terhadap Allah dalam sekelip mata. Dia mampu mencabut nyawa hamba Allah yang berbuat maksiat, rasuah, riba, buka aurat dalam sekelip mata. Namun untuk membuktikan dan menunjukkan kekuasaan Allah kepada kita, Izrail hanya boleh mencabut nyawa hamba Allah mengikut perintah Allah. Tsunami di Jepun hanya sekadar jentikan kecil dari Izrail di lautan, tapi pada pandangan kita ia sudah cukup dahsyat dan kuat. SubhanAllah.
Akhir kalam
Bukalah mata kita untuk melihat setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini. Lihat dan nilai setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita. Setiap penilaian kita jadikan panduan dan pedoman. Jangan tunggu Izrail jentik perairan Malaysia dulu baru mahu berubah, saat itu sudah terlambat. (^______^). Wallahualam.
Jaga diri, jaga hati, jaga iman.
6 bicara sahabat
menarik..
ReplyDeletesalam ziarah..entri yg amat menarik.
ReplyDelete@sharingiscaring
ReplyDeletealhamdulillah..
semuanya datang dr Allah
moga same2 dapat ibrah ye (^_____^)
@cik MeLo JieHa
ReplyDeleteterima kasih (^_________^)
ukhti..
ReplyDeletesyukran atas perkongsian..^^
@cik mimie
ReplyDeleteafwan..
enti pun byk bkongsi
syukran ye ukhti..
gmbar yg paling ana suke,
gmbr enti duk atas rumput
cantek...(^______^)