Latest Posts

Kenapa Ini Namaku???

By 12:33 PM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala pujian hanya layak bagiNya. Tahmid untukNya atas segala nikmat yang diberikan. Tasbih atas segala keindahan ciptaanNya. Takbir atas segala kekuasanNya. Tahlil atasNya Tuhan yang Satu dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam khusus buat kekasih yang dikasihi, Muhammad s.a.w. Tidak lupa sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.


Puji-pujian syukur kepada Ilahi di atas kasih sayangNya yang masih mengizinkan saya untuk mencoretkan sesuatu. Mungkin coretan ini bukan berbentuk jenaka yang boleh menggelikan hati setiap yang membaca. Ia juga mungkin bukan suatu coretan informasi yang boleh dijadikan rujukan. Namun cukuplah ia sekadar suatu coretan yang lahir dari hati untuk peringatan bersama.


Ketika masih kecil, seringkali saya persoalkan kenapa nama saya Nor Saidah. Bukan Khadijah atau Fatimah mahupun Aisyah. Kenapa bukan nama-nama serikandi yang berjuang dan dikenang di jalan Islam. 


Tetapi kini tidak akan saya persoalkan lagi kerana hati telah mengerti. Meminjam nama serikandi terhebat bukanlah suatu kebanggaan jika kita tidak mampu menjadi sepertinya. Benar, tidak akan ada yang mampu menjadi setanding si pemilik nama. Tetapi sekurang-kurangnya jadikanlah dia sebagai idola sepanjang masa. Jika hanya punya nama tapi tidak tahu sirah dan perjuangannya untuk apa?


Malah ada insan yang bertuah diberi nama sebegitu indah sanggup tanpa bersalah menggantikan dengan nama-nama berunsur barat. Contohnya Khadijah ditukar Katty, Fatimah ditukar Fatty, malah Rabiatul Adawiyah pun ditukar menjadi Ruby. Kenapa lebih bangga mengguna nama yang tiada erti dari digelar dengan segaris nama serikandi?


Cukuplah dengan nama Nor Saidah ini, saya dapat menyebarkan "cahaya kebahagiaan" kepada semua. Juga mungkin menjadi "cahaya kepimpinan" yang mampu menyinar perjalanan ummah menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Kerana nama itu adalah doa. Doa yang paling kukuh! (^__________^)


Wallahualam. Jaga diri, jaga hati, jaga iman.




Ya Allah, hamba memohon agar hamba sentiasa diberikan kekuatan sekuat Khadijah dalam menghadapi segenap ujian yang Engkau telah sediakan untuk hamba. Jadikanlah hamba anak yang solehah seakan Fatimah binti Muhammad s.a.w. Dakaplah hamba selalu didalam dakapan rahmah dan kasih sayangMu dan larut dalam cintaMu seperti Rabiatul Adawiyah. Teguhkanlah iman hamba seteguh pendirian Sumayyah di saat tombak menikamnya. Amin ya Rabb...



You Might Also Like

6 bicara sahabat

  1. hehe..
    itulah..
    kadang terdetik jugak..
    kenape name kita tidak sehabat nama orang lain..
    tapi kita tahu..
    setiap nama yang baik ada kelebihan masing-masing..
    diri kita yang mencorak perlakuan diri sendiri..

    p/s: maksud nama kita cahaya kelembutan...hik3

    ReplyDelete
  2. @asliner
    name juge suatu doa kan kak (^__________^)

    ReplyDelete
  3. Nama boleh juga ditafsirkan sebagai amanah..Jikalau nama yang mulia sebagai muslim kita kotorkan , apa gunanya seindah nama di bibir tapi di mata ia tidak dizahirkan..

    ReplyDelete