Latest Posts

Blogger Ceria ^____^

By 9:22 AM

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala pujian hanya layak untukNya, dulu, kini dan selamanya. Selawat dan salam buat junjungan besar yang sentiasa dirindui, Nabi Muhammad s.a.w seterusnya sekalung al-Fatihah buat abah tercinta.

Lama sangat rasanya tak update blog ni. Rindu jari-jemari mahu menari namun tuntutan menuntut ilmu lebih utama. Sambil berusaha siapkan programming, jalan-jalan la blog sahabat-sahabat. Sampai kat blog sahabat blogger baru, Cik Shikano, saya terperasan, beliau tag saya rupanya.


Rupanya contest ni perlukan blogger terangkan gambar yang berjiwa ceria. Bila tiba bab-bab gambar ni, saya bermasalah sikit. Sebab tak suka bergambar. Kadang kalau bergambar pun, simpan dalam telepon saja, malas transfer ke laptop. Tapi bagi memenuhi contest ni, saya upload la sekeping gambar masa tingkatan lima. I miss this moment so much. Gambar ni masa Malam Graduasi SEPINTAR di Hotel Concorde, Shah Alam.


Kalau teliti gambar ini, mungkin slogan yang sesuai ialah....sekali berukhwah selamanya dihati :)
Sekarang masing-masing sudah bertebaran di seluruh malaysia dan luar negara. InsyaAllah inilah wajah-wajah pembela agama Allah. Bila bisa ketemu lagi ya..

Akhir kalam, saya nak jemput Cik Ika jawab tag kali ni. Saya tau anda seorang yang ceria bukan?? Selamat menceriakan diri ye yunk.

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.


You Might Also Like

2 bicara sahabat